berita

Ahmad Idham & Rosyam Nor Bakal Meriahkan Festival Drama KL

October 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Lunch With Media Prima-13

Sempena ulangtahun ke-30, buat julung kalinya pihak stesen televisyen tempatan, TV3 dan TV9 bakal menganjurkan pertandingan festival drama yang dikenali sebagai Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) .

Festival yang bakal melibatkan pengarah dan penerbit berpengalaman seperti Rosyam Nor, Ahmad Idham, Isma Yusuf serta Erma Fatima ini dibuka untuk semua amatur yang mempunyai bakat dalam bidang pembikinan drama pendek.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pemasaran Kreatif dan Komunikasi, Media Prima Berhad, Puan Nini Yusof, tujuan utama pertandingan drama pendek ini diadakan adalah bagi mencari bakat baru untuk diketengahkan kepada penonton-penonton setia TV3 dan TV9.

Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memartabatkan industri kreatif dan mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan kepada orang ramai.

Tambahan pula, sekarang ini kita lihat ramai yang suka memuat naik video-video di laman YouTube. Jadi dengan adanya pertandingan seperti ini mereka bukan hanya dapat mengembangkan bakat, malah drama yang terpilih itu akan di siarkan di TV3 mulai awal tahun depan.

Lunch With Media Prima-12

Pn Nini (kiri) bersama barisan pengarah dan penerbit terkenal

Sempena mencari bakat baru untuk festival drama ini, pihak TV3 dan TV9 bakal mengadakan siri jelajah mereka di beberapa institut pengajian tinggi yang terpilih dan sepanjang siri penjelajahan tersebut, pihak stesen TV terbabit akan turut mengadakan bengkel yang dikelola oleh speaker berpengalaman dalam industri pembikinan drama. Kesemua speaker ini akan berkongsi ilmu secara teori dan praktikal menerusi empat kategori berbeza iaitu dari segi pengarahan, penulisan, skrip dan lakonan serta kandungan dan muzik.

Pertandingan akan bermula pada 1 November hingga 30 Disember 2013. Hasil drama pendek yang dihasilkan perlu dihantar menerusi www.veedo.my.  Durasi yang diberikan adalah selama 5 minit dan kesemua drama tersebut mestiah menerapkan eleman kemasyarakatan seperti kehidupan, percintaan atau komedi.

Jadual penjelajahan di kampus-kampus terpilih :

  • 2 Disember 2013 – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam & Universiti Selangor (UNISEL)
  • 4 Disember 2013 –  Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) & Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • 6 Disember 2013 – Kolej Universiti Shahputra (UCSA) & Kolej Antarabangsa IKIP
  • 10 Disember 2013 – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka & Universiti Multimedia Melaka (MMU)
  • 12 Disember 2013 – Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Johor & Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor
  • 16 Disember 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.