berita

Video: Ahreum Tarik Diri Dari T-ara

July 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

44236462

Penyanyi rap dan vokalis kumpulan T-ara, Ahreum telah disahkan menarik diri dari kumpulan K-Pop popular itu kerana mahu meneruskan kariernya sebagai penyanyi solo.

Menurut portal AllKpop, Core Contents Media mendedahkan keputusan yang dibuat Ahreum adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap muzik berentak hip hop yang lebih diminatinya.

Bagi semua peminat Ahreum dan T-ara, sebuah video telahpun dirakam dan dimuat naik ke portal rasmi T-ara untuk menjelaskan tentang keputusannya. Di dalam video itu, Ahreum meluahkan rasa gembira sepanjang bersama kumpulan itu dan berharap peminat dapat menyokong kariernya selepas ini serta ahli-ahli T-ara yang lain.

806862647

Selepas pengunduran Ahreum, T-ara kini hanya akan dianggotai oleh Q-ri, Boram, Soyeon, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon. Sementara itu, label pengurusan T-ara juga masih berbincang sama ada mahu menggantikan tempat Ahreum dengan ahli baru bernama Dani.

Untuk pengetahuan anda, Ahreum sempat bekerjasama dengan T-ara melalui lagu Day by Day dan juga aktif mempromosikan lagu Countryside Life sejak dia menyertai T-ara pada bulan Julai tahun lepas.

Jom tonton video penjelasan Ahreum di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perancangan terbarunya. Selepas itu, tonton pula MV Day by Day sewaktu Ahreum masih bersama T-ara. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×