berita

Aina Abdul Ada Sebab Pilih Ernie Zakri Untuk ANWAA Singapura – ‘Ini Peluang Untuk Tutup Kisah Orang Yang Suka Bandingkan Kami’

December 17th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aina Abdul Ernie Zakri

Penyanyi Aina Abdul menyifatkan ibarat impian menjadi realiti apabila dia dapat mengundang Ernie Zakri sebagai penyanyi jemputan di konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada 6 Januari tahun depan.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Hasrat Ziana Zain Mahu Lihat Ernie Zakri Nyanyi ‘Astana’ Tercapai – ‘Dia Sudah Bekerja Keras’

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Menang Besar! ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Diumumkan Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja

‘Saya adore dengan dia’

Aina Abdul Ernie Zakri

Ketika ditemui OhBulan!, Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata, Ernie adalah pilihan yang tepat selain dilihat mampu menyempurnakan konsert sulungnya di luar negara itu.

Sekali gus kata Aina, ia dapat menutup mulut segelintir pihak yang suka melagakan mereka.

Sebenarnya saya punya ‘shortlist’ sewaktu saya mula-mula nak buat konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore, berbeza tapi apabila saya tengok senarai itu saya rasa ada kekurangan.

Kali ini saya memang petik nama Ernie Zakri kerana saya sangat ‘adore’ dengan bakatnya, yang kedua, saya rasa ini adalah peluang yang baik untuk saya tutup kisah-kisah orang yang suka membandingkan saya dan Ernie.

Dalam masa sama, pelantun lagu Terus Hidup itu juga berharap kerjasama ini dapat memberi suntikan positif buat industri muzik tanah air.

Saya rasa kita perlukan lebih banyak perkara positif dalam industri ini, bila orang cakap wanita dan wanita tak boleh bekerja bersama, saya sangat mahu katakan tidak pada persepsi itu.

Bagi saya, saya mahu menyanyi dengan Ernie kerana saya mahu menyanyi dengan orang yang betul-betul boleh menyanyi dan boleh bagi saya naik ‘syeikh’ dan boleh bagi saya ‘goosebump’ di atas pentas.

Saya mahu momen itu sebab saya sudah lama tiada momen itu bersama penyanyi perempuan.

Jadi saya rasa Ernie Zakri adalah keputusan terbaik yang saya buat dan alhamdulillah dia ‘free’ dan saya terima lampu hijau dari dia.

Kita sudah pun berlatih, saya ingat lagi selepas saja saya habis berlatih hari itu, saya cakap pada pasukan saya, peminat saya pasti akan menangis.

Terdahulu, Aina menerusi hantaran di Instagram memaklumkan bahawa Ernie adalah tetamu istimewa yang akan membuat penampilan di Konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore.

SKIP THIS AD ×