Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil memuat naik satu posting di Instagram di mana dia menemu bual seorang wanita yang kini berada di bawah pusat pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Bharu, Kelantan.
Artikel berkaitan: ‘Bagaimana Merendah Diri Seorang Permaisuri’ – Aznil Menggigil Bercakap Dengan Raja Permaisuri Agong
Artikel berkaitan: ‘Pfizer Tiada Kandungan Haiwan & Babi!’ – Dr Amalina Kongsi ‘Proses’ Terima Vaksin Di UK
Anak empat orang
Saya masih berumah tangga dan mempunyai empat orang anak. Yang sulung umur dia 14 tahun, kedua pula 9 tahun, ketiga 7 tahun dan yang bongsu 6 tahun. Kehidupan saya bermula apabila suami yang mulakan dahulu. Dia ambil dadah sebab nak hilangkan tekanan kerja. Pada mulanya saya ingatkan pil itu untuk tenangkan diri, rupanya-rupanya pil yang suami saya ambil itu dadah.
Bila dia kena tangkap dengan pihak polis, kawan-kawan tempat kerja mula mengejek saya. Tambahan, saya baru bertukar ke jabatan tersebut. Kawan kata takkan kami nak berkawan dengan isteri penagih dadah. Masa mengandungkan anak nombor tiga, saya tak hadir melakukan tugas selama setahun dan disebabkan itu saya diberhentikan kerja.
Menurut wanita yang ditemu bual oleh Pak Nil, dia merupakan bekas penjawat awam. Tambah wanita tersebut, kehidupannya mula berubah apabila suami yang disayanginya itu telah ditangkap oleh pihak polis disebabkan dadah. Sebagai isteri penagih, wanita tersebut mendapat pelbagai cemuhan dan ejekan daripada rakat-rakan serta keluarga.
Jelas wanita tersebut, sampai satu tahap dia tidak hadir ke tempat kerja selama setahun kerana diejek oleh rakan-rakan. Tambahan, dia sedang mengandungkan anak ketiga pada masa tersebut. Ujar wanita itu lagi, dia dan anak-anak dilayan tidak sama seperti sebelum ini oleh keluarga selepas suaminya ditangkap oleh polis.
Dadah ada depan mata saya
View this post on Instagram
Dadah tu memang ada depan mata saya. Demi hilangkan tekanan yang saya alami, saya cubalah dadah tu. Daripada tahun 2016 sampailah saya kena tangkap ni, memang saya ambil dengan dia. Anak saya sekolah tahfiz. Macam dia cakap, bila ibu nak berubah? Saya cakap abang doakanlah ibu supaya berubah. Jadi ini mungkin doa dia juga saya sampai dekat sini. Saya memang nak berubah. Mungkin juga langkah ibu mentua saya untuk buat laporan dekat AADK ni adalah langkah yang betul la. Jadi, kami dua-dua sekarang duduk dalam ni.
Disoal sama ada wanita tersebut masih marah kepada ibu mentuanya kerana membuat laporan kepada AADK, wanita tersebut menjawab dia tidak marah langsung. Ini kerana, niat ibu mentuannya itu sangatlah baik dan mereka masih menyanyangi dirinya dan suami. Di samping itu, keempat-empat anaknya kini berada di bawah jagaan ibu mentua.
Saya tinggalkan anak saya dalam keadaan mereka sedang tidur. Memang anak tak tahu pun. Memang sedih, tapi saya terpaksa fikir untuk kehidupan saya. Kalau saya tak mulakan langkah ini, suami saya tak akan ikut. Sebab apabila saya tengah kena dadah dengan suami, saya tinggal anak-anak dekat luar bilik. Sampai mereka ketuk pintu tanya ibu buat apa. Takkan saya nak bagitahu kami buat apa. Saya cuma kata sekejap sahaja. Saya masuk sini sebab saya nak betulkan keadaan, saya nak betulkan hubungan saya dengan suami, dengan keluarga dan keluarga mentua.
Wanita tersebut turut memberitahu bahawa sehingga ke hari ini dia belum berpeluang bercakap dengan anak-anaknya apatah lagi melihat kesemua wajah mereka. Ujar wanita itu lagi, dia berasa bodoh dengan apa yang pernah berlaku dalam kehidupannya. Video berdurasi hampir 5 minit itu diakhiri dengan ucapan rindu oleh wanita tersebut terhadap anak-anaknya. Dia juga berharap dapat membina kehidupan yang baru dan lebih baik selepas keluar dari pusat tersebut.
Sumber: Aznil Haji Nawawi