berita

Pemuda Beri Alasan Main Video Bola Sepak Dengan Kekasih Ketika Dicekup Khalwat

March 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Melaka, seorang pemuda memberi alasan tidak ‘masuk akal’ ketika ditahan berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Melaka (JAIM) di sebuah bilik hotel.

Main permainan video

Menerusi laporan Harian Metro, pemuda tersebut berkata dia mengajak kekasihnya untuk bermain permainan video bola sepak pada waktu itu. Pasangan tersebut antara enam individu berusia 19 hingga 23 tahun yang berjaya dicekup penguat kuasa JAIM kerana berkhalwat dalam operasi di empat hotel bermula 11 malam hingga 4 pagi, semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat, serbuan dilakukan hasil maklumat awam serta risikan pihaknya.

Pasangan berusia 23 tahun yang berasal dari Pahang itu mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu bilik hotel selepas diketuk penguat kuasa JAIM ketika pemeriksaan 2.30 pagi.

Ketika disoal siasat lelaki yang juga mekanik itu mengatakan ingin mengajak pasangannya bermain permainan video bola sepak sebelum kedua-duanya ditahan kerana berkurung di dalam bilik hotel hingga menimbulkan syak tanpa ikatan perkahwinan sah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×