berita

Anak ‘Diculik’ Berbalut Kain Napkin & Disorok Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh!

July 4th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam viral di laman sosial seorang bapa mencari bayi lelakinya berusia lima bulan yang didakwa dilarikan orang ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Taman Nakhoda Batu Caves.

Pengasuh tersebut mendakwa seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘bapa’ datang membawa Adam Rayqal namun penipuan tersebut akhirnya terbongkar apabila polis menemui mayat bayi tersebut di dalam peti sejuk rumah pengasuh itu sendiri. Kejam!

Anak hilang

Menerusi laporan Harian Metro, bapa, Mohd Sufi sebelum ini tidak pernah menjemput anaknya yang baru seminggu dihantar ke rumah pengasuh. Dia memberitahu dimaklumkan mengenai kehilangan tersebut oleh isteri lebih kurang jam 7 malam tadi.

Isteri saya menghantar Adam Raikal ke rumah pengasuh pada pukul 12 tengah hari tadi kerana dia ingin pergi bekerja.

Pada sebelah petang, pengasuh memaklumkan kepada isteri yang anak saya diambil oleh seorang lelaki yang menyangka itu adalah saya… walhal saya belum mengambil anak dari rumah pengasuh..

Disorok dalam peti sejuk

Selepas mendapati terdapat keraguan dalam keterangan diberikan pengasuh, pihak polis bertindak menggeledah dan menemui mayat Adam Rayqal disorokkan dalam bahagian peti sejuk beku peti ais dua pintu rumah pengasuh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

Tambah polis lagi, mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sumber : Harian Metro, Berita Harian

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×