berita

Anak Saudara Jatuh Ketika Berkawad, Apa Yang Bapa Ini Lakukan Buat Netizen Terharu

July 21st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tiada tandingan kasih seorang ayah, itulah yang dapat diungkapkan apabila melihat kompilasi foto seorang peserta kawad kaki yang pengsan, kemudian dipapah oleh bapanya.

Ingatkan bakal diusung keluar, rupanya…

Menerusi perkongsian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di laman Facebook, dilihat seorang peserta pengsan ketika sedang berkawad di Maktab Penjara Kajang.

Dalam perbarisan bersempana Hari Penguat Kuasa KPDNHEP itu, seorang lelaki dilihat pengsan ketika berada di tengah-tengah padang, sehingga terbaring.

Selepas itu, dilihat seorang lelaki lewat usia berkopiah, dipercayai bapa kepada peserta itu bergegas ke tengah-tengah padang bagi membantu lelaki berkenaan.

Alexander berkata, hadirin yang hadir pada majlis tersebut menyangka bahawa peserta tersebut bakal dipapah keluar daripada perbarisan, namun berlaku sebaliknya.

Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.

Bapa jadi ‘benteng’

Walaupun dimamah usia, bapa tersebut memapah anak lelakinya itu, kemudian dibantu untuk bangun semula. Bukan itu sahaja, bapa berkenaan malah berdiri menjadi ‘benteng’ agar anaknya tidak jatuh semula.

Tambah Alexander, situasi tersebut telah mengundang sebak hadiran pada majlis tersebut, dan rata-rata mereka mula menitiskan air mata.

Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali.

Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih 2,000 ‘share’. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan sebak melihat foto-foto tersebut, termasuk ada yang mula merindui bapa mereka yang telah pergi buat selamanya.

Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi

SKIP THIS AD ×