berita

‘Apa Khabar’ Rangkul Gelaran Johan Anugerah Juara Lagu 29 #AJL29

January 18th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen-Shot-2014-07-02-at-12.39.06-PM

Akhirnya, teka-teki mengenai lagu yang dinobatkan sebagai Juara Lagu 29 terjawab jua! Baru sebentar tadi, lagu berjudul ‘Apa Khabar’ yang didendangkan oleh Joe Flizzow dan SonaOne telah diangkat sebagai Juara Lagu 29, sekaligus membawa wang tunai bernilai RM 50,000 berserta trofi.

Screen Shot 2015-01-18 at 10.45.29 PM

Sementara itu, gelaran Naib Juara pula disandang oleh lagu berjudul ‘Masih Aku Cinta’ ciptaan sepenuhnya Shila Amzah yang berjaya membawa pulang RM35,000 berserta trofi. Tidak pulang dengan tangan kosong, lagu berjudul ‘Di Pintu Syurga’ dendangan Dayang Nurfaizah pula di tempat ketiga sekaligus meraih RM 20,000.

Manakala, persembahan terbaik pula dirangkul oleh Mojo dan Caliph Buskers dengan habuan sebanyak RM12,000. Selain itu, anugerah yang paling dinantikan oleh para finalis, iaitu Vokal Terbaik pula diberikan kepada Dayang Nurfaizah yang ternyata memukau para penonton dengan vokalnya yang mantap.

Mengangkat tema ‘Gema Dalam Muzik’, Anugerah Juara lagu 29 (AJL 29) kali ini mempertaruhkan 12 buah lagu terhebat daripada penggiat seni tanah air.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×