berita

Harapan Tiz Zaqyah Terhadap Kabinet Kementerian Baru #MyCabinet

May 16th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Tiz Zaqyah-11

Apabila ditanya mengenai barisan kabinet baru yang bakal menerajui kerjaaan selepas ini, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak berpendapat bahawa kedua-dua belah pihak antara artis dan kerajaan sendiri sewajarnya berganding bahu untuk terus memajukan industri hiburan negara kita.

Semua yang terlibat dalam industri hiburan kena ambil berat pasal ni. Tidak cukup sekadar berlakon atau menjadi penghibur jika kita tidak ambil bahagian dalam komuniti.

Kita sendiri kena bangunkan kita punya industri, kalau tak siapa lagi, kan? Ambil contoh industri seni di Hong Kong, Thailand dan Bollywood, mereka kini semakin meningkat. Kita kena lihat itu sebagai persaingan sihat dan berlumba dengan mereka.

Dan perkara baiknya, kita sendiri pun dah banyak keluar dengan cerita-cerita yang bagus seperti Vikingdom, KIL dan banyak lagi. Jadi harapnya dengan pengumuman barisan kabinet baru ini kita dapat melihat lebih banyak penambahbaikan terhadap industri hiburan kita.

Menyentuh soal karier pula, Tiz Zaqyah yang ditemui di majlis pelancaran ‘May Cares For You’ di Bangsar Village semalam mengatakan dia baru sahaja selesai dengan kempen pencegahan kanser serviks kerjasama antara May dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

Tiz Zaqyah-3

Reaksi Tiz Zaqyah ketika disuntik vaksin HPV

Duta sabun May itu berharap mereka dapat mewujudkan kesedaran di kalangan wanita dan lelaki tentang kanser serviks melalui kempen-kempen yang dijalankan kerana bimbang penyakit ini akan meragut nyawa jika tidak dibendung.

Selain daripada itu, Tiz juga akan mula sibuk dengan penggambaran sebuah drama terbitan Astro berjudul Jodoh Itu Milik Kita di samping pelakon lain seperti Farid Kamil, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifli.

Jom lihat foto-foto Tiz Zaqyah yang diambil semasa pelancaran Kempen ‘May Cares For You’.

SKIP THIS AD ×