berita

‘Kaki Drama’ Semua Get Ready! Anugerah Skrin 2018 Bakal Gegarkan Kaca TV Anda November Ini

October 24th, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Anugerah paling berprestij, Anugerah Skrin (ASK 2018) semakin hampir ke kemuncaknya! ASK 2018 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung pada  Jumaat, 2 November, 9 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

3 kategori baru

Malam anugerah ASK 2018 bakal menyaksikan 24 kategori dipertandingkan, manakala pemenang enam lagi Kategori Bukan Drama akan diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada 28 Oktober.

Buat julung kalinya ASK 2018 memperkenalkan tiga kategori baharu di bawah kategori drama iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Tiada hos utama

Edisi ke-22 ini turut menampilkan kelainan di mana, ASK 2018 tidak menampilkan hos utama bagi mengendalikan malam ASK 2018. Sebaliknya, 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Syuk Sahar akan dipertanggungjawabkan untuk mengemudi majlis tersebut.

Manakala acara karpet merah akan di hoskan oleh Aaron Al-Fateh dan Ain Edruce, menerusi siaran langsung Pop TV pada pukul 8.30 malam di ntv7.

Persembahan hebat

Anugerah penuh gemilang ini turut disajikan dengan persembahan hebat daripada Wany Hasrita, Erni Zakri dan Shiha (tribute Allahyarham Pak Ngah), Jaclyn Victor dan Elvira (persembahan koir), Altimet ft Amelia Handerson, Raja Shahiran dan Shawn Lee (nyanyian rap), Andrew Lee (silap mata), Alpha Movement (tarian dan aksi parkour) dan persembahan dari OAG.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×