berita

Astro Lancar Saluran Filem Baru, A-List

October 1st, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

A-List EM 1

Ramai antara penggemar filem di Malaysia menyimpan hasrat untuk menonton filem-filem terbaik antarabangsa yang pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman tetapi tidak menemui sumber untuk menontonnya.

Oleh itu, bermula pada 1 Oktober 2013, Astro dengan sukacitanya telah melancarkan saluran A-List (Astro 456) untuk memberikan pengalaman menonton filem antarabangsa dan serantau dalam versi berdefinisi tinggi (HD) kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, pelancaran saluran baru ini dapat memenuhi kehendak pelanggan yang gemar menonton karya antarabangsa.

A-List Launc 5EM

Kami memahami kehendak rakyat Malaysia yang suka menonton filem seperti filem blockbuster Hollywood sehinggalah kepada filem arus perdana Asia, di samping karya-karya alternatif dan indie. Astro terus komited untuk memenuhi kehendak golongan pelanggan ini yang menghargai kandungan sofistikated yang ditawarkan melalui saluran A-List kami.

Menurut Henry lagi, saluran A-List yang diperkenalkan untuk pelanggan di Malaysia dan Brunei akan meluaskan siarannya melalui Astro On-The-Go tidak lama lagi.

Berlin-7 poster

Untuk makluman anda, A-List akan menayangkan lapan buah filem setiap bulan yang diiktiraf di Malaysia dari festival-festival filem seperti Busan International Film Festival, Berlinale Film Festival, Toronto Film Festival dan Cannes Film Festival.

Pada bulan Oktober sahaja, pelanggan boleh menonton beberapa buah filem menarik seperti National Security, Berlin-7, The Secret in Their Eyes, How to Use Guys with Secret Tips, When Wolf Falls in Love with Sheep, Mr Morgan’s Last Love, Much Ado About Nothing, dan A Monkey on My Shoulder.

Bagi yang berminat dengan tawaran ini, anda boleh melayari www.astro.com.my/A-List atau pergi ke saluran 200 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara langganan.