berita

‘Awak Jawab Dengan Tuhan, Saya Tak Halalkan Tau’- TikTokers Kecewa Video Kena Curi Untuk ‘Content’

September 27th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pempengaruh media sosial, Nynbukater meluahkan rasa kecewa selepas videonya dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai ‘content’.

Artikel Berkaitan: Isteri Tekun Tunai Ibadah Haji, Suami ‘Kantoi’ Berfoya Dengan Instafamous

Artikel Berkaitan: Influencer ‘Dicerai’ 8 Hari Lepas Bernikah Titip Ucapan Untuk Madu -‘Ubah Perangai, Saya Tak Ambil Cinta Orang’

‘Saya penat mental fizikal’

Menerusi hantaran di TikTok, Nynabukater atau lebih dikenali sebagai Nyna, menyatakan dia telah bersusah payah menyiapkan konten namun  dengan sesuka hati individu tersebut mengambil videonya.

Dalam video tersebut, pempengaruh itu juga menegaskan dia sama sekali tidak menghalalkan videonya diambil tanpa kebenaran.

Setiap titik sale awk dapat.. Saya tak halalkan .. Saya penat mental fizikal.. Sampai tiada suara buat video.. Awak mudah ambil.. Awak jawab dgn Allah.. Saya tak halalkan..

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengannya dan meluahkan rasa yang sama kerana mereka juga melalui pengalaman sama seperti Nyna.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×