berita

Ayda Jebat Positif Covid-19 – ‘Saya Tak Alami Simptom Teruk, Sakit Tekak Sahaja’

May 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon cantik, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Binti Jebat menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19.

Ayda Jebat positif Covid-19

Menurut penyanyi berusia 31 tahun ini, dia langsung tidak mengalami sebarang simptom teruk sebaliknya hanya sakit tekak sahaja. Dalam kesempatan itu, Ayda sempat menasihati orang ramai supaya melakukan ujian kendiri Covid-19 sekiranya berasa kurang sihat.

I got no simptom yang teruk. Sakit tekak sahaja so please siapa yang sakit tekak jangan tunggu tunggu or biarkan ingat sakit tekak je. Swab terus ya

Siapa yang jumpa saya especially semalam please do swab test today and the next 2,3 days.. so sorry.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis termasuk para peminat menitipkan kata-kata semangat dan doa agar pelantun lagu Pencuri Hati ini diberi kesembuhan.

Doa rakan artis, peminat

Sumber: Instagram Ayda Jebat

SKIP THIS AD ×