berita

‘Tersentuh Lihat Lelaki Menangis Minta Bantuan’ – Isu Pencemaran Toksik, Sultan Johor Sumbang RM1 Juta

March 14th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kes pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang Johor semakin membimbangkan apabila angka mangsa terjejas semakin meningkat. Sehingga kini seramai 217 menerima rawatan iaitu, 209 di wad dan selebihnya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Di Facebook DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan bantuan sebanyak RM1 juta untuk membantu operasi menyelamat, mencegah dan merawat mangsa pencemaran.

Bantuan RM1 juta

Foto : www.royaljohor.com.my

INSIDEN PENCEMARAN BAHAN KIMIA: SULTAN IBRAHIM BERKENAN KURNIA SUMBANGAN RM1 JUTA

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu juga membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi dapat memperlengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang di perlukan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook tersebut, Sultan Ibrahim mahu memperhebatkan lagi operasi menyelamat mangsa yang terjejas pencemaran. Tambah DYMM Permaisuri Johor, sumbangan itu bertujuan untuk memperlengkapkan lagi kemudahan pasukan penyelamat.

Baginda tersentuh lihat lelaki menangis minta bantuan

Foto : www.royaljohor.com.my

Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman di mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.

Tuanku Sultan turut berpendapat dengan kurniaan sumbangan peribadi Baginda, ia dapat membantu pihak berkuasa serta agensi penyelamat seperti Bomba dan PDRM memperlengkapkan pasukan mereka demi membantu rakyat.

Sebelum ini, baginda ada menyatakan perasaan kesal dan murka dengan pihak yang terbabit dalam kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim. Lebih menyedihkan, ia memberi kesan kepada rakyat sekitar Pasir Gudang lebih-lebih lagi pelajar sekolah.

Oleh itu, baginda Sultan mahu pihak bertanggungjawab melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pelaku.

Sumber : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×