berita

NESTUM Keledek Ungu & Keladi Enak Serta Berkhasiat, Macam Ni Minum Setiap Hari Pon Boleh!

October 16th, 2020 | by Mastura
Shout Out!

Gaya hidup yang sibuk sering kali membuatkan kita memilih hidangan yang ringkas dan mengenyangkan. Namun begitu pilihan mudah yang berkhasiat dan sedap di pasaran pun terhad kan? Kalau dah selalu sangat dengan hidangan yang sama mesti bosan kan?

Haa.. Sebab tu la korang kena cuba multibijirin NESTUM baharu dengan kebaikan keledek ungu dan keladi. Pastinya membuka selera dan korang pon dapat khasiat tambahan.

Edisi baharu dengan rasa lebih memikat

Kalau bulan puasa hari tu NESTUM mengeluarkan edisi istimewa NESTUM Kurma & Prun, yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna. Kali ni NESTUM tampil dengan satu lagi edisi terbaru, NESTUM Keledek Ungu & Keladi.

Hmm..Apa yang menarik dengan keledek ungu dan keladi ni? Kalau korang seorang yang aktif serta mengamalkan pemakanan yang sihat, produk ni semestinya menjadi pilihan sebab membantu memberikan sumber tenaga untuk hari korang di samping kaya dengan nutrisi. Kalau korang sibuk sampai tak sempat makan pon tak perlu risau, sebab NESTUM Keledek Ungu & Keladi kan ada.

Khasiat antioksida secara semula jadi dari Keledek Ungu & Keladi

Bukan itu saja, kalau korang nak tau keistimemewaan gabungan keledek ungu dan keladi ialah ia mengandungi antosianin, sejenis antioksida semula jadi dalam tumbuhan berwarna ungu yang bermanfaat untuk korang.

Hanya dengan NESTUM Keledek Ungu & Keladi, korang dapat nikmati ubi sebenar dengan khasiat multibijirin dalam setiap hidangan. Tambahan pula, ia tinggi dengan serat, 30% kurang gula* dan tanpa sebarang pewarna tambahan. Jadi sesuai sangatlah untuk korang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ubi Berisi Padat Nutrisi hanya dengan NESTUM

Korang student atau pekerja yang selalu sibuk dan kadang-kala mesti tiada masa nak makan kan? Pastikan korang ada bekalan NESTUM Keledek Ungu & Keladi dengan kebaikan semula jadi multibijirin yang diperlukan untuk menguasai hari korang.

Produk ni boleh didapati di pasaraya berdekatan atau kalau nak lebih mudah korang boleh terus klik di SINI.

Untuk hari yang bersemangat dengan hidangan yang menyelerakan, dapatkan NESTUM Keledek Ungu & Keladi sekarang juga!

*Berbanding dengan NESTUM 3in1 Original
**Ubi keledek ungu & keladi mengandungi antosianin, sejenis antioksida dalam tumbuhan berwarna ungu
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×