berita

Bahaya Sirip Ikan Cencaru, Tangan Bengkak, Bernanah Sekelip Mata Selepas Tercucuk

August 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sirip ikan merupakan organ paling menonjol yang ditutupi dan dihubungkan oleh selaput kulit. Fungsinya secara umum adalah untuk membantu ikan berenang walaupun, ada sesetengah jenis ikan yang menggunakannya untuk meluncur. Namun, pernahkah korang tahu mengenai bahayanya sirip ikan jika tercucuk pada jari?

Menerusi Facebook Cik Tet, wanita tersebut berkongsi kisah mengenai suaminya yang tercucuk sirip ikan cencaru. Menurutnya, walaupun sudah diletakkan ubat, jari suaminya masih membengkak dan bisanya pula merebak ke semua jari dan tangan.

Jari mula ada gelembung air bisa dan membiru

Bismillahirahmanirahim. Memandangkan ramai yg bertanya, dan ramai yang anggap biasa, cik tet cerita sikitlah yee. Suami pun dah bagi izin tuk tunjuk. Tuk peringatan pada semua. Kronologi Encik suami tercucuk sirip ikan cencaru.

Rabu/15 ogos- pagi. Tgh siang ikan, tercucuk sirip ikan yang sebelah atas. Takde keluar darah apa, cuma calar sikit. Tapi kenanya betul-betul atas urat ruas jari tu. Lepas asar, dah mula rasa bisa-bisa dekat jari yang kena cucuk tu. Sapu ubat tak jalan. Telan ubat tahan sakit pun tak jalan. Sekejap saja dah bengkak satu jari. Merebak sehingga semua jari dan tangan. Pukul 12.30 tengah malam, bawa pi klinik 24 jam. Cucuk sedas. Yang tengah denyut-denyut tu hilang sikit saja. Tapi jari dah mula ada gelembung air bisa dan membiru.

Khamis/16 ogos- sekali lagi pergi klinik sebab nak mintak antibiotik. Klinik yang semalam tu tak bagi antibiotik. Tapi doktor dah tak berani nak bagi sebab jari tu dah makin teruk. Makin lebam biru sebab darah dah lambat jalan. Gelembung air bisa tu pun dah makin merebak ke seluruh jari dan berwarna kehitaman. Doktor klinik swasta tu suruh encik suami pi hospital dengan segera sebab risau dengan jari hantu dia yang kena tu. Dengan segera kami balik ke kuantan dan terus ke KMC. Jari dah makin biru dan lebam. Dari ruas pertama terus ke hujung jari dan kuku.

Merebak sehingga ke pangkal lengan

Jumaat/17 ogos- Dari pangkal jari, bisa terus merebak ke kekura tangan (dapat lihat dgn jelas air bisa tu) Dalam masa beberapa jam saja, ia sudah merebak sehingga ke pangkal lengan. Doktor sendiri pun terkejut bila tgk. Kul 6 petang, suami masuk bilik bedah sebab doc Syak salur darah tersumbat mungkin disebabkan nanah atau air bisa. Bahasa ringkaslah ni ye. Nak terang macam doc memang susahlah. Pembedahan berjaya. Doktor cakap banyak sangat nanah dan air bisa yang keluar. Tapi saraf jari tu dah rosak. Darah dah tak jalan kat situ. Sel kulit banyak yang dah mati dan jari dah mula mengecut dan mengeras serta kehitaman.

Sabtu dengan ahad dekat ICU. Yang doktor belah dekat atas kekura tangan tu, doktor tak jahit lagi sebab air bisa masih keluar tak habis lagi. Setiap hari cuci untuk buang kulit mati dan sedut air bisa. Kain balut tu sekejap je lencun dgn air bisa. Kapas yang doktor letak untuk sedut air bisa sekejap saja dah penuh. Meleleh kuar dari balut. Lengan mula bengkak sampai ke bahu. Doktor cakap sebab air bisa masih tak keluar habis dan kuman pun masih ada lagi.

Hari ini, doktor dah bagi balik. Alhamdulillah. Bengkak lengan dah makin surut dan air bisa dah makin kurang. Bisa tu dah tak merebak. Cuma kena datang selang sehari untuk cuci dan minggu depan baru masuk bilik bedah balik tuk jahit luka dekat tangan dan tampal kulit yang dah mati tu. Tentang jari yg satu itu, encik suami dah redho. Tapi selagi ada peluang, kami akan terus berusaha dan takkan pernah berputus asa. Masih mengharapkan satu keajaiban.

Ikan tu memang bisa

Ramai yang cakap ikan tu memang bisa. Dah ramai yang kena. Cuma kami yang tak pernah dengar. Bisa tu merebak dengan cepat mungkin disebabkan kuman dekat ikan tu sama. Maklumlah, lani banyak ikan yang orang cucuk ubat untuk bagi tahan lama. Terutama ikan kotak tu. Orang cakaplah. Cik tet dah tak boleh fikir apa. Buat masa sekarang, kami dah boikot makan ikan. Fobia bila tengok ikan tu. Untuk semua, hati-hati kalau siang ikan tu ye. Dulu kita tak tahu, dah tahu ni apa salahnya kalau kita beringat kan. Masih menaruh harapan agar jari yg satu itu masih boleh diselamatkan. Aamiin.

Sumber: Cik Tet

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.