berita

Balu Abam Terbuka Hati Untuk Kahwin Lagi, Kongsi Gambar Atas Pelamin – ‘Tak Pilih Yang Kaya, Cukup Sayang Saya & Anak’

December 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nor Hidayah Abam

Balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah akhirnya terbuka hati untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Bermusuhan, Hidayah Harap Ali Puteh Bayar Hutang Segera – ‘Saya Tak Tamak Pun, Duit Tu Untuk Anak Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Salah Saya, Kenapa Asyik Dimaki Orang? Adakah Akan Terus Berlaku Hingga Kiamat?’ – Ali Puteh

Terbuka hati

Nor Hidayah Abam

Menerusi hantaran di TikTok, Hidayah berkata dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada mana-mana lelaki, sebaliknya cukup menyayangi dirinya dan anak, Syed Uthman Hamzah.

Bagaimanapun kata Hidayah, arwah Abam tetap cinta pertamanya.

Terima kasih semua yang mendoakan saya dan anak sehingga menjadi kuat.

Jika ada jodoh yang terbaik untuk saya, saya terima dan bimbinglah di jalan Mu Ya Allah. Cinta pertama dan cinta syurga, suamiku.

Saya tak memilih yang kaya, cukup sayang saya dan anak seperti mana arwah suami sayang terhadap kami. Al-Fatihah suamiku tercinta, Syed Umar Mokhtar.

Pada perkongsian sama, Hidayah turut memuat naik beberapa keping foto memperlihatkan dia duduk di atas sebuah pelamin.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagian Hidayah dan anaknya.

Sekadar info, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 4 tahun.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar dilaporkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×