berita

Bapa Mengaku Salah Rogol, Seks Luar Tabii & Rakam Video Pornografi Dengan Anak Kandung OKU

October 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang bapa sepatutnya bertanggungjawab menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang dan menunjukkan teladan yang baik. Namun apa yang menyedihkan, sejak dua menjak ini kita sering mendengar pelbagai berita membabitkan perilaku keji seorang bapa yang sanggup bertindak di luar batasan ke atas anak mereka tanpa rasa belas kasihan.

Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang bapa mengaku salah atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan lebih teruk dia turut menghasilkan video pornografi anak kandungnya.

Anak OKU

Apa yang menyedihkan mangsa yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun itu adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.

Tertuduh yang merupakan pemandu lori itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam dan berdepan empat pertuduhan.

Dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram. Satu pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan satu lagi mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi.

Rogol di rumah

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anaknya di sebuah rumah di Marang, jam 11 pagi pada 20 September lalu dan kemudian mengulangi perbuatan itu terhadap mangsa di beranda rumah di Marang, jam 5 pagi pada hari berikutnya.

Jika disabitkan kesalahan atas perbuatan itu, dia boleh berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun berserta sebatan.

Buat seks luar tabii

Untuk pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii kira-kira jam 11 pagi pada 20 September. Bagi perbuatan jenayah itu, tertuduh berusia 41 tahun tersebut boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menghasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit milik mangsa di sebuah rumah di Marang pada 20 September lalu kira-kira jam 11 pagi. Untuk perbuatan itu, dia boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan minimum 6 kali sebatan jika didapati bersalah.

Media sebelum ini melaporkan perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat rakaman video itu pada telefon bimbit suaminya.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×