berita

Baru 3 Bulan Kahwin Dah Nak Cerai, Suami Letak Syarat Minta Isteri Pulangkan Mas Kahwin & RM20k

June 10th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Rohimah & Zeki Bayrak Iskander

Sekitar Februari lalu, seorang wanita dari Indonesia, Rohimah berkongsi kisah gembira apabila dia mengakhiri zaman jandanya selepas bernikah dengan seorang jejaka warganegara Turki iaitu Zeki Bayrak Iskander.

Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila Rohimah membuat keputusan untuk berpisah pada Mei lalu.

Suami minta pulangkan mas kahwin

Sebelum ini, Rohimah mendakwa dia nekad untuk berpisah kerana suaminya enggan menyara tiga orang anak kandungnya. Dakwa wanita ini lagi, sejak dia mengambil keputusan untuk bercerai, dia telah menerima layanan yang sangat buruk daripada suaminya. Zeki Bayrak Iskander dikatakan memaksa Rohimah untuk membayar semula semua mas kahwin dan memulangkan barang perhiasan pemberiannya sewaktu pernikahan mereka dahulu.

Tidak terhenti di situ, Zeki turut meminta isterinya itu untuk membayar semula segala perbelanjaan termasuk kos pengangkutan dan penginapan sepanjang Rohimah menetap di Turki bersamanya yang dianggarkan hampir RM21,000.

Sekiranya Rohimah enggan membayar serta mengikut syarat yang ditetapkan, dia mengugut untuk tidak memulangkan semula dokumen peribadi serta passport milik wanita itu. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan proses penerbangan Rohimah pulang ke tanah air, Indonesia.

Susulan daripada itu, ibu kepada tiga anak ini nekad melarikan diri tanpa keizinan daripada si suami. Sementara itu, Rohimah berharap agar dia dapat segera kembali ke tanah air kerana tidak sanggup melihat kebajikan anak-anak yang tidak terjaga sehingga terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×