berita

Baru 7 Bulan Kenal Di WeChat, Janda Anak Satu Kantoi Berkhalwat Dengan Lelaki Muda

March 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki dan wanita yang berstatus ibu tunggal dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), semalam.

Janda ditangkap berkhalwat

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua individu terbabit dikatakan mengenali melalui aplikasi WeChat sejak tujuh bulan lalu. Namun baru-baru ini, lelaki, 27, memberi alasan terpaksa bermalam di rumah wanita tersebut di Taman Jelutong kerana mudah berulang alik dari tempat kerja di kawasan itu.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan ibu tunggal, 49, kematian suami dan kini tinggal bersama anaknya. Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, pemeriksaan tersebut dilakukan selepas mendapat aduan daripada orang awam.

Siasatan kemudian menemui wanita terbabit dalam rumah itu dan mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Pemeriksaan juga menemui seorang remaja perempuan dalam bilik berasingan di rumah berkenaan yang juga anak kepada wanita terbabit.

Apabila ditanya, lelaki terbabit memberi alasan mereka akan berkahwin pada 18 Mac ini namun belum membuat sebarang permohonan bernikah.

Susulan daripada itu, mereka telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×