berita

Baru Nak Rujuk, Wanita Terkedu Tengok Mesej Mesra Dengan Perempuan Lain – ‘Nak Pinangkan..Tak Nak Pula’

July 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi satu kisah di mana proses untuk merujuk kembali bersama bekas suaminya itu terbantut selepas mendapati lelaki itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Bekas suami kantoi ‘curang’

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video yang dikongsikan, wanita yang dikenali sebagai Mekna memberitahu kepercayaannya hilang selepas melihat perbualan manja bekas suaminya bersama seorang wanita.

Bila saya tanya, nak ke kahwin dengan perempuan tu. Saya boleh pinangkan, tapi tak nak pula. Lepas tu saya cakap tak nak tak apa tapi jangan hubungi perempuan tu dah.

Tambah Mekna lagi, perempuan terbabit juga ada berjanji tidak akan menggangu lelaki itu namun itu hanyalah janji di mulut sahaja. Wanita terbabit masih menghubungi malah dengan selambanya meminta wang daripada bekas suaminya itu.

Lelaki yang awak minta duit tu anak tiga dah dik.

Pada pengkhiran video tersebut, Mekna memberitahu apa yang berlaku ini mengajarnya supaya tidak mudah percaya dan memberikan peluang kedua kepada lelaki ‘kaki perempuan’.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×