berita

Baru Pulang Tunai Haji & Sempat Makan Malam Bersama Keluarga, Anak Cerita Detik Pahamin Pengsan Dalam Pesawat

July 11th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, abang ipar kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Armin berkongsi kisah bagaimana bapanya ditemukan pengsan di dalam tandas pesawat.

Artikel berkaitan: Selaras Dengan Hajat, Jenazah Pahamin Rajab Akan Disemadikan Di Kota London

Dikebumi di London

Menurut Armin, bapanya Datuk Pahamin Ab Rajab baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah haji pada 7 Julai yang lalu sebelum terus berangkat ke London pada keesokan harinya. Ujar Armin, mereka sekeluarga sempat makan malam bersama sebelum arwah menaiki penerbangan dari KLIA.

Bercerita lebih lanjut, Armin berkata bapanya telah pengsan di dalam tandas pesawat sebelum kru dan doktor dalam pesawat cuba memberi bantuan kecemasan.

Kabin kru dan doktor cuba membantunya, mereka cuba lebih daripada satu jam untuk menyedarkannya. Juruterbang pun sudah mendapat keizinan untuk mendarat di Heathrow lebih awal. Pasukan paramedik pun sudah siap sedia masa itu.

Terbaru, Azhar memaklumkan jenazah akan diuruskan esok dan akan dikebumikan selepas solat Zohor di Gardens of Peace, Five Oaks Lane, London.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Sumber: Azhar Sulaiman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×