berita

Bekas Teman Wanita Pemain Bola Sepak Sabah Ditahan Polis?

June 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Polis telah menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes merosakkan pintu rumah pemain bola sepak Sabah.

Disyaki rosakkan pintu

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, penahanan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada pemain bola sepak berkenaan yang mendakwa wanita terbabit telah merosakkan pintu rumahnya.

Pengadu mengatakan bahawa pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya.

Suspek kemudian berjaya ditahan dan dengan tertangkapnya suspek, kita percaya dapat menyelesaikan kes ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×