berita

Beli Rumah ‘Landed’ Dua Tingkat, Daiyan Trisha Jadi Inspirasi Anak Muda

August 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

“Level up. Alhamdulillah gadis anda mendapat rumah baru!”

Satu pencapaian yang membanggakan untuk pelakon Daiyan Trisha apabila berjaya memiliki dua buah rumah ketika usianya masih muda.

Artikel Berkaitan: Kerap Keluar Berdua, Daiyan Trisha Nafi Bercinta Dengan Abang Ummi Nazeera – ‘Kami Rapat Tapi Tiada Hubungan Istimewa’

Beli rumah kedua

Menerusi hantaran di media sosial (IG), Daiyan memuat naik beberapa keping gambar dan video banglo mewah landed (bertanah) dua tingkat yang dibelinya.

Penyanyi berumur 29 tahun itu bersyukur dengan rezeki Allah SWT sehinggakan dia mampu membeli rumah mewah.

Netizen lucu

@daiyantrisha22pov: you’re coming over to my new house ???? Solitude – Billie Holiday

Video ‘pov: you’re coming over to my new house’ turut dimuat naik di laman TikTok. Ruangan entri itu dipenuhi dengan komen lucu daripada warganet.

@Nely: Saya boleh masakkan air.

@pickleandsunflower: Saya boleh jadi tukang wiring.

@Dsoul: Saya boleh mop kolam.

@ADH.: Saya boleh jadi alas kaki.

@fira: Saya sanggup jadi pembantu rumah.

Ada juga segelintir peminat yang menyamakan rumah pelantun lagu Penat seperti dalam drama korea.

Dalam pada itu, kejayaan pelakon drama Projek: Anchor SPM mendapat pujian daripada rakan artis dan pengikut selain menjadi contoh kepada anak muda untuk bekerja keras bagi mengumpul aset.

Pada tahun 2019, Daiyan membeli rumah pertamanya iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota hasil kumpul duit kira-kira dua tahun.

Sumber: Instagram @daiyantrisha & TikTok @daiyantrisha22

SKIP THIS AD ×