berita

Bodyguard & Jam Tangan Fazura Jadi Bualan, Peminat Dakwa Jenama Patek Philippe Cecah 4 Juta?

September 21st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR), Nur Fazura sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tular koleksi jam tangan milik selebriti itu.

Artikel Berkaitan: 8,000 Peminat Jadi Saksi, Faztival Fazura Diiktiraf Dalam Malaysia Book of Records

Jam mewah

@fazuralotsoflover???? DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Pada minggu lalu, Fazura ada memuat naik foto menyambut ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Fattah Amin bersama kenalan rapat di Instagram (IG).

Namun, bukan kemeriahan majlis yang menjadi ‘spotlight’ tetapi jam tangan mewah yang menghiasi pergelangan tangan penyanyi berumur 38 tahun itu.

Seperti sudah dijangka, netizen terlebih dahulu menyiasat harga jam tangan tersebut.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman sosial tersebut, jam tangan daripada jenama Patek Philippe itu dianggarkan bernilai RM4 juta.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dengan sikap rendah diri pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin yang tidak gemar menayang kemewahan.

Ada juga yang berpendapat ibu kepada Nur Fatima Aisya layak untuk menggayakan perhiasan mewah selaras dengan usahanya bekerja mencari rezeki.

Ada bodyguard

@fazuralotsoflover Replying to @AIN K.O.K.O ? Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, peminat turut mendakwa pelakon filem Pisau Cukur ada memasang pengawal peribadi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga keselamatan Fazura.

Terdahulu, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020.

Sumber: TikTok @fazuralotsoflover

SKIP THIS AD ×