berita

Butik Fitri Haris Di Shah Alam Turut Alami Kebakaran, Segala Urusan Promosi & Acara Ditangguhkan

January 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. Difahamkan kebakaran itu memusnahkan 100 peratus bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu. Berikutan kebakaran tersebut, penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris memberitahu butiknya turut mengalami kebakaran.

Kebakaran merebak ke butik saya

Pohon doa kesejahteraan Jakel @jakel_shahalam kebakaran keseluruhan wisma yang juga membuatkan kebakaran merebak ke butik saya @almukarramahofficial di Shah Alam.

Menurut Fitri Haris, butiknya turut mengalami kebakaran susulan api dari Jakel.  Ujar Fitri, api telah merebak sehingga menjejaskan beberapa kedai lain juga. Oleh sebab itu, Fitri berkata dia terpaksa menangguhkan segala urusan promosi dan acara pada hari ini.

Pohon doa dari semua. Pohon doa kesabaran buat sahabat seperjuangan En. Ezani dan seluruh warga @jakel_shahalam dan @almukarramahofficial. Saya juga ingin maklumkan acara hari Ini dibatalkan. Hanya padaNya kami berserah.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi. Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

Sumber: Fitri Haris

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×