Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa berangnya apabila terdapat dua individu yang mempersendakan konsep dan judul album terbarunya.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Kesal Jadi Mangsa Fitnah- ‘Cukup Cukuplah, Saya Ini Penyanyi Hiburkan Semua Orang’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Idam Kembali Ke Albert Hall, London! Mahu Bawa Muzik Malaysia Ke Antarabangsa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ingin Lepaskan Rindu, Siti Nurhaliza Habiskan 10 Malam Terakhir Ramadan Di Makkah
Cantiknya bahasa
Menerusi perkongsian di Stories Instagram (IG), Siti memuat naik satu tangkapan skrin yang dilihat dua individu selamba memperlekehkan foto kulit album yang dipilihnya sendiri.
Dalam perkongsian tersebut, dilihat Siti memilih ‘Sitism’ sebagai nama albumnya yang menampilkan imej dan visual cyber retro futurism.
Sitism katanya. Bila search (di internet) keluar Autism.
Kau dah level penyanyi senior yang ada nama, bukan level kau keluar album dengan imej macam ini. Siapa la yang cadangkan penyanyi bernombor keluar album dengan konsep yang begini.
Selain itu, terdapat juga yang mendakwa ‘headphone’ pada foto kulit albumnya sebagai alat yang digunakan untuk pesakit mental.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memeriksa akaun yang digunakan individu tersebut.
Sumber: Instagram @ctdk