berita

Cat Farish Kongsi Bibit Cinta Bersama Shikin – ‘Dia Terharu Tengok Saya Lap Buah Pisang Dia Berniaga’

July 14th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi Cat Farish yang telah selamat bergelar suami kepada Shikin Maembong mendedahkan tindakannya membantu usahawan itu ketika menguruskan perniagaan menjadi asbab kepada percintaan mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cat Farish Tersasul Semasa Akad Nikah, Shikin Maembong Berjurai Air Mata Selepas Sah Jadi Isteri

Bermula dengan lap pisang

Ketika ditemui OhBulan!, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, berkata bibit cinta mula berkembang dalam hati Shikin ketika melihat dirinya mengelap buah pisang yang hendak digunakan untuk bisnes.

Dia tengok saya lap pisang, dia dah jatuh cinta tengok saya.

Shikin kan berniaga, lepas itu pisang tu pula ada satu guni dan ada wap dan basah jadi saya lap lah.

Lepas itu Shikin dia jadi macam terharu tengok benda tu dan sekarang dah kahwin.

Cat berkongsi perkara itu pada majlis pernikahannya bersama Shikin dalam satu majlis yang diadakan di Asiana Grand Hall Setapak pada malam Khamis.

Sementara itu, Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur’Ashikin Binti Ismail, 40, menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukan Cat itu membuatkan dia mula jatuh cinta dan berasa sangat terharu.

Bagi Shikin, dia dapat lihat keikhlasan komposer itu yang sudi untuk susah senang bersama dengannya lebih-lebih lagi dalam menguruskan bisnes.

Sebabnya selama ini berniaga, saya susah payah seorang diri dan nak jumpa orang yang terima kita seadanya itu susah.

Biasanya kalau berkawan pun bila orang tengok kita berniaga pun macam, ‘Oh dia berniaga susah-susah, biar dia seorang saja’.

Tapi Cat ni lain, bila saya tengok dia lap pisang tu yang selalu pekerja yang akan buat, nampak yang dia sudi susah bersama-sama.

Majlis pernikahan

Cat Farish dan Shikin Maembong sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 9.07 pada malam Khamis.

Cat yang memakai baju melayu berona putih menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200 manakala Shikin menerima tiga dulang hantaran berbalas lima.

Terdahulu, Cat dan Shikin dikatakan hangat bercinta selepas dilihat memuat naik beberapa foto dan video mesra di media sosial.

Untuk rekod, Cat sebelum ini berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Cat kemudian berkahwin sekali lagi dengan Hartiny Ramli dan disahkan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna. Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.

SKIP THIS AD ×