berita

‘Cuaca Panas Tak Membunuh COVID-19’ – Dr Rafidah, Dr Amalina Bidas Laporan Didakwa Kurang Tepat

March 12th, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Ekoran dari penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, ada segelintir pihak mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan mengenai pencegahan virus itu secara umum. Bagaimanapun, kenyataan pencegahan melalui hidangan makanan singgang ikan dan cuaca panas di Malaysia turut mendapat respon balas dari Dr Amalina Bakri dan Dr Rafidah Abdullah.

Cuaca panas halang COVID-19?

Sebuah laporan program berita nombor satu Malaysia telah melaporkan hasil pemantauan dari Prof Dr. Norayati Abd Majib menyifatkan penggunaan cecair sanitasi pada tangan amat penting. Malah, tidak dinafikan juga rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan topeng muka (mask) untuk mengurangkan penularan wabak ini.

Cuaca panas 35-36 darjah Celsius, ia tidak tahan. Jadi, rajin-rajinlah berjemur supaya kita panaskan badan, berpeluh. Itu sebab kalau boleh buka tingkap, jangan buka air-cond. Matahari dari luar tu lebih bagus untuk disinfect rumah kita.

Selain itu, Prof Dr. Norayati Abd Majib turut menyatakan bahawa suhu cuaca panas di Malaysia berpotensi untuk menghalang pembiakan virus. Anda juga dinasihatkan untuk berjemur dan tidak takut kepada cahaya matahari.

Kajian lanjut perlu dilakukan

Bagaimanapun, kenyataan dari laporan pakar berkenaan telah mendapat respon dari Dr Amalina Bakri yang kurang setuju. Dr Amalina sebelum ini juga pernah menulis artikel mengenai perbincangan berkaitan faktor suhu, cuaca dan haba terhadap COVID-19.

Terdapat beberapa tuntutan yang tidak terbukti seperti meminum air panas, mandi air panas atau menggunakan pengering rambut.

Peningkatan suhu dan kelembapan tidak semestinya membawa kepada pengurangan penularan wabak.

Dr Amalina menyifatkan wabak COVID-19 memerlukan masa untuk mengkaji mengenai virus ini dan masih dalam kajian. Bagaimanapun, segelintir saintis telah menegur kepada pakar-pakar kesihatan untuk tidak sewenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

Cuaca panas tidak membunuh COVID-19

Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi iaitu Dr Rafidah Abdullah turut membidas laporan yang dikeluarkan Prof Dr. Norayati Abd Majib menerusi program berita stesen TV itu. Dia turut menegaskan bahawa cuaca yang panas tidak membunuh virus COVID-19. Malah, dia turut menasihati agar berita yang belum sahih tidak sepatutnya disebarkan.

Sumber: Dr Amalina, Dr Rafidah

SKIP THIS AD ×