berita

‘Daddy Sanggup Pertaruhkan Nyawa Demi Orang Lain Tapi..’ – Luahan Sebak Anak Anggota Bomba

March 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap pekerjaan di dalam dunia ini sudah pastinya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri. Apatah lagi pekerjaan tersebut berkaitan dengan pertumpahan darah dan pertaruhan nyawa. Antara pekerjaan yang boleh dikategorikan sebagai berisiko adalah bomba. Ini kerana, anggota bomba mungkin ditimpa kemalangan yang tidak dapat dielakkan ketika menjalankan tanggungjawab.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Friends of Bomba, seorang anak telah menulis sebuah nukilan mengenai bapanya yang merupakan seorang anggota bomba. Sebagai seorang anak, dia menceritakan kesusahan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh ayahnya sepanjang tempoh perkhidmatan.

Daddy seorang anggota bomba

Daddy saya seorang anggota bomba. Dia memandu sebuah trak merah besar dan apabila dia hendak pergi kerja setiap hari dia akan berkata “Mummy, doakan keselamatan kami”. Kemudian daddy tidak akan pulang ke rumah sehingga kadang-kadang pada hari berikutnya. Tetapi perkara yang mengganggu saya yang paling sedih adalah apabila sesetengah orang akan berkata.

Kehidupan anggota bomba adalah mudah, ia makan, tidur dan bermain. Apabila saya mula-mula mendengar kata-kata ini saya masih muda untuk memahami. Tapi saya tahu apabila orang mempunyai masalah Daddy berada di sana untuk menghulurkan bantuan. Saya tertanya-tanya mengapa dia hendak mempertaruhkan nyawanya kepada seseorang yang dia tidak kenal.

Tetapi sekarang saya benar-benar menyedari hadiah yang paling besar seorang lelaki boleh beri adalah untuk mempertaruhkan hidupnya demi keselamatan orang lain agar dapat terus hidup. Kehidupan perlu diteruskan dan berdoa kepada Allah. Berdoa untuk anggota bomba anda agar dia boleh terus menyelamatkan orang-orang yang anda sayang. Nukilan seorang insan.

Menurut anak kepada anggota bomba tersebut, dia memberitahu bahawa bapanya kerap pulang lewat serta kadang-kala pulang keesokan harinya apabila pergi berkhidmat. Namun, lebih sedih apabila ada masyarakat mengatakan tugas bapanya itu mudah.

Tambahnya, walaupun masyarakat mempunyai perbezaan perspektif, dia yakin bapanya seorang yang sedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan. Bahkan, sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi keselamatan semua.

Saya bangga jadi anak bomba

Di ruangan komen, rata-rata netizen yang juga merupakan anak anggota bomba turut bersetuju dengan nukilan tersebut. Menurut mereka, bukan semua individu mampu menjadi hero seperti ayah mereka. Perasaan bangga menjadi anak anggota bomba turut diluahkan oleh mereka.

Sumber: Friends of Bomba

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×