berita

Dakwa Boleh Berkomunikasi Dengan Makhluk Halus, Tuhan & Dajal, Ini Kronologi Kes Lelaki Maut Ditetak

February 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas menetak rakan baik di ladang sawit Kampung Beril Paka, Terengganu awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.45 pagi, mangsa, Mohd Zukanain yang cedera parah memandu kereta sejauh dua kilometer untuk ke hospital sebelum dibantu seorang pengawal keselamatan.

Menerusi laporan Berita Harian, isteri mangsa yang menjadi saksi kejadian menceritakan kronologi kes.

Suspek mengadu sunyi, suami mahu teman tidur

Sekadar gambar hiasan

Menurut Rosnah Mohamed, sebelum kejadian, dia bersama suami dan empat anak ke rumah suspek untuk menziarahinya. Dia mengenali suspek sejak empat tahun lalu kerana mereka bekerja bersama-sama di ladang.

Suami baik dengan suspek kerana mereka berdua bekerja sebagai buruh ladang di kawasan ladang yang bersebelahan.

Sudah lama suami tak bawa kami anak beranak ke rumah suspek dan petang semalam kira-kira jam 5 petang kami menziarahinya.

Suami ambil keputusan tidur di situ selepas suspek mengadu sunyi dan tinggal bersendirian kerana suspek tiada sahabat yang lain kecuali mereka sekeluarga.

Atas alasan itu, suami sepakat dengan saya untuk bawa anak tidur di rumah suspek sebelum kami balik ke rumah di Kampung Cacar Paka untuk mengambil pakaian.

Kami pergi semula ke rumah suspek malam itu dan saya memasak nasi, menggoreng ikan dan sempat makan bersama-sama.

Dakwa boleh bercakap dengan makhluk halus, tuhan, dajal

Sekadar gambar hiasan

Pada malam itu, anak-anak semua tidur di dalam rumah sementara dia dan suami tidur di dalam kereta kerana keadaan terlalu panas. Lebih kurang jam 11 malam, dia menyedari suspek keluar rumah sambil membawa sebilah parang. Suspek dilihat menebas semak di sekeliling rumah.

Ketika sedang lena, suspek yang berparang itu datang menghampiri kami dan suspek kelihatan sangat pelik sambil memaklumkan dia boleh berkomunikasi dengan makhluk halus, tuhan dan dajal.

Suami ada beberapa kali bertanya kepada mangsa kenapa dia berperangai sedemikian dan suspek kelihatan semakin agresif dan berulang kali memaklumkan dia boleh berkomunikasi dengan tuhan.

Melihat kepada keadaan pelik tersebut, suami segera menyuruhnya mengejutkan anak-anak masuk ke dalam kereta sementara suami menenangkan suspek.

Suami yang bimbang sesuatu, mengambil sebilah parang dari dalam bonet belakang dan terus menenangkan suspek sebelum suspek membuang parang di tangannya dan terus merampas parang di tangan suami lalu menetak suami saya.

Suami ketika itu sudah rebah dan saya keluar mendapatkan pertolongan namun gagal memandangkan kawasan di situ gelap dan tidak berpenghuni.

Tidak lama selepas itu, suami memecut kereta mendapatkan saya dan saya masuk ke dalam kereta sebelum kami meredah jalan kampung yang teruk itu untuk mendapat bantuan.

Suami meninggal dunia

Sekadar gambar hiasan

Dalam suasana kelam kabut itu, Rosnah turut ditetak dua kali dan mengalami luka-luka kesan dari mempertahankan diri.

Suami menekup bahagian luka di leher dengan tangan kirinya bagi menahan darah yang keluar dengan banyak.

Dalam menahan kesakitan itu dia terus memandu kereta sejauh hampir dua kilometer sebelum kami dibantu seorang pengawal keselamatan.

Walaubagaimanapun, suami gagal diselamatkan dan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi. Rosnah berkata lagi, sejak kebelakangan ini suami berperangai pelik dan sering bercakap soal mati.

Beberapa hari ini perangai suami sangat pelik apabila sering membicarakan soal mati dan yang terakhir petang kejadian itu suami meminta saya berkahwin lain apabila dia meninggal.

Rosnah tidak menyangka itu adalah petanda suami akan meninggalkan mereka selamanya. Namun, dia bersyukur anak-anak selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×