berita

Dato’ Fazley Yaakob Dilantik Sebagai Duta Le Cordon Bleu

May 30th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Dato' Fazley YaakobJika ditanya apakah pencapaian Dato’ Fazley Yaakob sepanjang hidupnya, boleh tahan juga bagi seorang selebriti tempatan untuk menempah nama dalam pelbagai bidang.

Satu persatu pencapaian yang dilakukannya dan paling terbaru ialah beliau bakal dilantik sebagai duta untuk sebuah institut seni kulinari antarabangsa, Le Cordon Bleu (Malaysia-Sunway).

Berita ini diterima pagi tadi menerusi sebuah e-mail dan khabarnya sebuah majlis untuk mengumumkan perlantikannya ini akan diadakan pada 6 Jun 2013 di institut tersebut.

Perlantikan ini dibuat serentak dengan pelancaran biasiswa bagi mereka yang berminat untuk menimba pengalaman dan ilmu di institut ini.

Pemilihan ini khabarnya diterima selepas beliau menjuarai rancangan Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama dan juga pembabitannya yang aktif dalam bidang masakan.

Apa pun, tahniah pada Dato’ Fazley Yaakob!

Mari tonton video ‘teaser’ pelantikan Dato’ Fazley Yaakob sebagai duta institut kulinari Le Cordon Bleu (Malaysia-Sunway) selepas ini.

SKIP THIS AD ×