berita

Dipenjara 1 Tahun Kerana Marah Suami Pulang Dalam Keadaan Mabuk, Wanita Ini Sempat ‘Sindir ‘ Di Mahkamah

November 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita dari Indonesia telah dijatuhi penjara selama satu tahun selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap suaminya.

Dipenjara sebab marah suami

Memetik laporan Tribunnews, keganasan yang dilakukan wanita berusia 45 tahun ini berpunca selepas si suami pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Berikutan daripada insiden terbabit, ibu kepada dua anak itu telah dihadapkan ke mahkamah. Malah si suami mengaku bahawa dirinya mengalami tekanan mental kerana sering dimarahi oleh si isteri.

Selepas selesai perbicaraan, wanita terbabit sempat menyindir dengan memberitahu setiap isteri perlu melayan si suami dengan baik selain menasihati supaya berhati-hati sekiranya ingin memarahi si suami. Jika tidak, si isteri pasti akan dipenjara.

Perhatian kepada isteri, ibu-ibu seluruh Indonesia, hati-hati kalau nak marah suami pulang dalam keadaan mabuk. Isteri kena layan mereka elok-elok dan sambut dengan baik. Jika marah suami walau sedikit, isteri boleh dipenjara.

Peguam yang mewakili tertuduh iaitu Iwan Kurniawan menganggap tuduhan terhadap anak guamnnya terlalu berat. Jelasnya lagi, pihak mereka akan membuat pembelaan di mahkamah pada minggu hadapan. Difahamkan, bekas suami suspek nekad untuk membuat laporan berhubung keganasan rumah tangga selepas dia didapati mengalami tekanan mental selain dibuang kerja.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×