berita

Dipercayai Dilarang Jumpa Anak Tiri? Izreen Azminda Mahu Fokus Jaga Anak & Keluarga Sendiri Sahaja – ‘Tuan Badan Punya Keputusan Kami Akan Ikut’

April 8th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Konflik dan kontroversi antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh dilihat seolah-olah belum berakhir walaupun masing-masing sudah menemui kebahagiaan. Sejak minggu lalu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen bahawa kedua-dua mereka saling berbalas kenyataan di InstaStory seperti tidak berpuas hati berhubung hal anak-anak.

Menerusi ruangan komen Izreen di Instagram, pelakon ini memberitahu bahawa dia menghormati keputusan Intan untuk tidak berjumpa dengan anak-anak tirinya selepas ini.

Tak mahu ambil tahu dah

Menurut Izreen, Intan tidak membenarkan dirinya memuat naik foto anak-anak tiri di Instagram. Bukan itu sahaja, menerusi komen Izreen kepada salah seorang pengguna media sosial, Intan dipercayai melarang Izreen untuk berjumpa dengan anak-anaknya selepas ini.

Tuan badan punya keputusan kami akan ikut la. Kira hari yang kami jumpa budak-budak tu adalah hari yang terakhir. Lepas ni tak ada dan tak mahu ambil tahu dah. Lantak la nak jadi apa pun. Elok jaga anak dan keluarga sendiri saja lani.

Belum bersedia memaafkan

Tahun lalu, Intan dan Izreen dipertemukan dalam sebuah rakaman program Melodi Raya. Namun begitu, Intan menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui bahawa perlu duduk bersebelahan antara satu sama lain. Menurut Intan, dia masih belum bersedia memaafkan Izreen walaupun kedua-dua mereka sudah bertemu secara bersemuka.

Sumber: Izreen

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×