berita

Diskaun Sehingga 70%, MAGICBOO Beauty Fair Tawar Pelbagai Produk Kecantikan Dari Eropah, Australia & Korea!

March 13th, 2020 | by Intan Mahsuri
Kecantikan

Mesti ramai dikalangan korang beranggapan produk kecantikan yang di import  dari luar negara mahal, betul tak? Sebenarnya tak…

Kebetulan admin ada berita baik nak share dengan korang mengenai beauty fair yang bakal dianjurkan esok oleh MAGICBOO pada 14 hingga 19 Mac ini.

Apa yang menariknya tentang MAGICBOO Beauty Fair kali ni , ialah korang boleh menikmati diskaun sehingga 70%. Ha ! Excited la tu kan? Kalau dah singgah sini percayalah korang akan puas hati, silap-silap korang borong semua produk yang ada.

MAGICBOO adalah antara retailers terbesar di Malaysia yang menawarkan produk kecantikan daripada negara-negara Eropah, Australia dan Korea. Diorang ni merupakan Pusat kecantikan sehenti.

Maksudnya korang boleh dapat pelbagai jenis produk kecantikan disini daripada produk pengajaan wajah, produk penjagaan peribadi, produk penjagaan rambut, produk pelangsingan, produk kesihatan dan banyak lagi.

Ditubuhkan pada tahun 2001 MAGICBOO dah ada 50 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Singapura.

Ada lebih 5,000 produk untuk korang beli…

Jangan tak tahu MAGICBOO memiliki lebih dari 5,000 rangkaian produk yang korang boleh beli. Cakap je korang nak produk apa, produk kecantikan? Produk untuk spa? Produk untuk penjagaan rumah? Produk penjagaan peribadi? Mereka ada tawarkan semuanya.

Lebih menarik lagi, pilihan produk yang ditawarkan bukan biasa-biasa, ianya datang daripada negara-negara Eropah seperti United Kingdom, Sepanyol, Itali, Denmark, Perancis, Switzerland, Poland, Australia, Turki, Korea dan China.

Produk di import dan di jual terus kepada korang!

Bagi yang tak tahu bagaimana MAGICBOO beroperasi, admin nak story sikit.

Kesemua produk MAGICBOO ni di import dari luar negara dan terus dihantar ke cawangan diorang untuk korang beli. Takde third party.

Harga yang dikenakan pula cukup berpatutan, Ye la sebab no third party, jadi tak ada la charge tambahan.

Setiap produk yang MAGICBOO tawarkan ada kelebihan yang tersendiri  sesuai untuk memenuhi keperluan segenap kelompok masyarakat, dari yang muda hingga yang dah berusia.

Ini Antara barangan terbaik yang MAGICBOO Tawarkan!

Sempena dengan MAGICBOO Beauty Fair yang bakal berlangsung nanti, korang boleh menikmati diskaun sehingga 70% bagi produk-produk kecantikan seperti Hello Nature, Creigthons, Evoluderm dan lain-lain.Produk-produk ini di import dari Eropah dan ianya 100% authentic.

Tak kisah la korang nak rambut kerinting, rambut lurus, rambut ketak-ketak.  MAGICBOO menawarkan pelbagai pilihan peralatan penjagaan rambut untuk korang seperti pengering rambut, hair straightener dan hair curler.

Selain itu, dekat MAGICBOO Beauty Fair  juga korang boleh dapatkan pelbagai jenis produk kecantikan, produk pelangsingan, produk penjagaan kuku dan banyak lagi peralatan lain.

Special sikit, kali ni menerusi beauty fair, MAGICBOO tawarkan Herb Steam Sauna,  far Infrared Sauna, Steam Shower Room dan banyak lagi untuk korang yang nak kurus tu. Semuanya korang boleh dapatkan dengan harga diskaun kaw-kaw. Best kan?

Produk Wajib Cuba!

Hello Nature merupakan rangkaian produk penjagaan peribadi yang terdiri daripada  syampu, perapi dan masker rambut. Selain itu, Hello Nature juga menawarkan produk penjagaan tubuh badan dengan 4 bahan utama iaitu minyak kelapa, minyak acai, minyak marula dan kaviar hitam.

Dicora Urban Fit pula merupakan produk yang dihasilkan 100% di Sepanyol. Bukan calang-calang jenama ni, produk diorang terdiri daripada syampu, gel mandian, pembersih tangan dan banyak lagi.

Produk diorang bebas dari paraben dan silikon serta kaya dengan vitamin. Nilai pH juga sangat mesra kulit. Baunya yang wangi memang akan buat korang tertawan selain, dapat membersihkan kulit secara dalaman dan luaran.

Creightons, merupakan produk penjagaan peribadi yang di hasilkan 100% di United Kingdom. Produk yang Creightons tawarkan adalah syampu, perapi rambut, gel mandian, skrub badan, krim tangan, dan pelbagai lagi. Mereka juga turut memenangi Hair Award pada tahun 2019 bagi kategori “The Curl Company”.

Jenama penjagaan diri yang dihasilkan di Itali, Bionsen terkenal dengan siri gel mandian yang kaya dengan mineral daripada sumber air panas semula jadi di Jepun.

Ianya memberikan sensasi super menyegarkan terutamanya bila korang gunakan di masa-masa yang panas macam sekarang ni. Paling penting ianya mampu membersihkan kulit dan dalam yang sama melembapkannya.

Jenama produk penjagaan kulit kebangsaan Perancis, Evoluderm memiliki beberapa rangkaian produk merangkumi produk penjagaan wajah, produk penjagaan tubuh, produk penjagaan rambut dan banyak lagi.  Produk mereka bebas paraben dan harganya cukup mampu milik.

Fresh Feel merupakan jenama produk penjagaan peribadi yang dihasilkan di Sepanyol. Ditubuhkan sejak  tahun 1951, dengan slogan “I’m feeling fresh”,produk ini membuat orang terasa nyaman saat mendengarkan namanya.

Selain, melembapkan kulit, ia juga memiliki aroma yang cukup wangi. Rangkaian produk Fresh Feel terdiri daripada syampu, gel mandian, body mist dan banyak lagi.

Jenama produk penjagaan kulit Korea Esfolio,terkenal dengan pelbagai produk yang dihasilkan menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan bagi membantu membekalkan  kelembapan pada kulit supaya kulit tidak mengalami masalah kulit hidrasi.

Echosline, ialah jenama produk penjagaan rambut profesional yang terkenal di Itali. Diorang ni adalah pakar dalam industri rambut. Produk diorang lengkap.

Korang nak cari pewarna rambut, syampu, perapi rambut hinggalah ke masker rambut.Semuanya ada. Ini bagi membolehkan korang memiliki  rambut yang lembut dan cantik!

Rebirth, adalah produk semula jadi, 100% made in Australia. Rebirth adalah pakar dalam penggunaan placenta.  Semua produk diorang dihasilkan menggunakan placenta kambing biri-biri. Hebat kan? Rangkaian produk mereka terdiri daripada sabun pelembab, pelembap bibir, essence, essence cream dan banyak lagi.

Dihasilkan di Turki, rangkaian produk Natura Balance terdiri daripada krim pewarna rambut kekal yang dibuat menggunakan bahan-bahan organik yang disahkan. Ianya mengandungi 0% bahan berbahaya yang boleh merosakkan rambut.

Tidak  mengandungi ammonia, resorcinol dan p-phenylenediamine, ianya menjadikan produk Natura Balance selamat digunakan walaupun korang memiliki kulit kepala yang sensitif.

Produk jenama Australia,  Eco Modern Essentials ini merupakan produk yang dihasilkan menggunakan ekstrak minyak daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi. Ini menyebabkan molekul kecil diorang ni mudah diserap oleh tubuh badan.

Essential oil diorang ni mampu membantu merawat kulit wajah dan tubuh badan disamping, membersihkan udara dan mengimbangi fungsi dalaman kesihatan fizikal dan mental. Ianya juga mampu meningkatkan kemampuan sistem imunisasi.

Jangan tak tahu, Eco Modern Essentials oil juga boleh membantu masalah selulit dan kedutan.

Next, ialah produk penjagaan rumah Lagarto yang dihasilkan di Sepanyol sejak 100 tahun lalu. Produk Lagarto bukan sahaja selamat digunakan bahkan, ianya juga sesuai untuk korang yang ada kulit sensitif.

Crazy Nail  ialah jenama produk nail polish yang membolehkan korang memiliki kuku yang cantik dengan warna yang menarik tanpa menggunakan lampu LED di rumah!

Skindom, merupakan jenama produk kecantikan Korea. Skindom menggunakan bahan semula jadi untuk mengembalikan kelembapan kulit. Diformulasikan menggunakan bahan-bahan semula jadi bersama dengan sains dan teknologi, kulit korang pasti terasa anjal dan gebu selepas menggunakannya.

Bagi korang yang nak cari produk pengajagaan wajah berkualiti tinggi. Korang wajib dapatkan produk Skindom.

Jenama Max2originale ialah produk professional untuk prosedur lash extension. Jenama ini cukup terkenal di Korea dan produknya telah mendapat kelulusan GMP, AS FDA dan EU third-party safety certification.

Dengan menggunakan produk ini, korang akan memperolehi lash extension yang terbaik tanpa sebarang kesan sampingan. Maka penampilan korang pun akan lebih menyerlah.

Siapa tak kenal ItalWax & Depilia. Kedua-dua produk waxing ini terkenal dengan fomulanya yang cukup ringan disampaing dapat menyingkarkan bulu-bulu roma dengan begitu efektif sekali.

Selamat digunakan pada kulit sensitif ItalWax & Depilia menawarkan kesan waxing yang licin smooth sekaligus, memastikan kulit kelihatan lebih bersih dan cerah.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? MAGICBOO dah sediakan pelbagai produk untuk korang cuba. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.

Korang cakap je korang nak produk penjagaan  peribadi dari mana? Diorang ada semuanya termasuklah dari Australia, Itali, Korea, Sepanyol dan negara-negara lain. So, cepat lock date korang dalam kalender dan singgah ke MAGICBOO Beauty Fair sekarang jugak.

Promosi: Magicboo Beauty Fair
Tarikh: 14  hingga 19 Mac
Lokasi: di kesemua 50 cawangan MAGICBOO di Malaysia

Website: MAGICBOO

Facebook: MAGICBOO

Instagram: @magicboobeauty

 

The following two tabs change content below.