berita

Doktor Sahkan Terdapat Jangkitan Kuman Di Bahagian Kiri Paru-Paru Anak Rebecca Nur Al Islam

June 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Anak lelaki kepada pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam iaitu Nor Ahmet Al Reagan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital selepas doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di bahagian kiri paru-parunya.

Tak tidur sejak 2 pagi

Di Instagram, Rebecca memberitahu dia tidak dapat melelapkan mata kerana bimbang dengan keadaan anaknya itu.

Assalammualaikum, doakan anak mummy di hospital sekarang, ada jangkitan di paru-paru pada belah kiri. Oh jantung saya, Allah bersama mu anakku. Mummy tidak tidur dari dua pagi. Semoga Allah kuat kan mummy juga. Selepas ini kena lari sekejap ada, mesyuarat besar melibatkan ramai orang kerana sudah janji. Insya-Allah, jika diizinkan mummy sampai.

Mengulas lebih lanjut, Rebecca sempat menitipkan penghargaan buat semua kakitangan hospital yang memberikan perkhidmatan rawatan yang terbaik buat cahaya matanya.

Baby, Insya-Allah kuat dan akan dijaga sebentar oleh papa. Apa-apa pun, Terima kasih Datuk Dr. Vernon dan semua jururawat. Pakar terbaik kanak-kanak di Malaysia.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan agar anak lelaki Rebecca segara sembuh dan dapat melakukan aktiviti harian seperti sedia kala.

Sumber: Rebecca Nur Al Islam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×