Umum mengetahui Dr Say Shazril dan isteri, Dr Azura Abas dikurniakan dua orang zuriat lelaki selepas bertahun mereka berusaha untuk memiliki zuriat sendiri.
Meskipun pernah mengalami penyakit Teratozoospermia iaitu masalah kesuburan air mani lelaki, pasangan tersebut bersyukur kerana impian mereka dimakbulkan Allah. Terbaru, Dr Say memberitahu bahawa isterinya sedang hamil anak ketiga. Tahniah!
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Hadiahkan Kereta Mewah, Jaguar I-Pace Ketiga Di Malaysia Buat Isteri
Artikel berkaitan: ‘Tiada Niat Ganggu Rumah Tangga Kamu Berdua’ – Isteri Dr Say Terima Kad Daripada Wanita ‘Misteri’
Artikel berkaitan: Terima Bungkusan Istimewa Berserta Gambar, Dr Say Terkejut Wanita ‘Misteri’ Mengaku Sebagai Isteri
Artikel berkaitan: ‘2023 & I Am Broken’ – Dr Say
Artikel berkaitan: Mohon Kata-Kata Semangat, Isteri Dr Say Keguguran Kali Kedua – ‘Baby Girl Sorang Lepas Tu Tutup’
Artikel berkaitan: ‘Kalau Boleh Tangguh Dulu Hasrat Untuk Mengandung’ – Pakar Sakit Puan
Artikel berkaitan: ‘Bunyi Remeh Tapi Selagi Tak Buang Angin Tak Boleh Cabut Drip Line’ – Dr Say Syukur Isteri Dibenarkan Pulang
Lama simpan berita ini
Lama saya simpan berita ni atas sebab empunya badan tak beri green light tapi memandangkan kandungan bini dah cecah 12 minggu dan kami dah buat our 1st scan, saya tanya balik kepada empunya badan “boleh dah ke i nak bagitau dunia?” dan instead of beliau kata “jangan la dulu ubby, tak konfem lagi”, kali ni beliau kata “sekarang ke?” which dalam erti kata lain boleh.
Menurut Dr Say, dia dan isteri berasa sangat teruja untuk menyambut kelahiran yang ketiga ini. Ujar Dr Say, isterinya dijangka bersalin pada 25 Januari tahun hadapan. Tambah Dr Say, dia sememangnya mahu tiga orang anak. Ini kerana, dia mempunyai tiga orang adik beradik.
Cuma kisahnya lepas our 1st scan 5 hari lepas, terduduk saya dibuatnya bila balik daripada scan tu. Sebab walaupun selama ni saya mengidamkan 3 orang anak sebab saya ada 3 adik beradik tapi bila sy fikir balik “macam mana aku nak jaga 3 orang anak tu nanti?” buat saya risau. Kalau dua at least sy handle satu, bini handle satu. Later ada sorang lagi, siapa nak jaga?
Saya tahu rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak tiga dan ke atas akan jawab “it will come naturally” atau “anak pertama akan tolong” atau “you will be ready when the time comes”, the thought of it buat saya sedikit gugup. Tapi tak apalah ada 6 bulan lagi untuk saya bersiap-siaga di samping menikmati setiap saat bersama dua anak lelaki saya.
Di akhir posting, Dr Say berharap netizen dapat mendoakan kesejahteraan kandungan isterinya. Jelas Dr Say, dia akan memberitahu mengenai jantina bayi pada tahun hadapan.
Sumber: Dr Say