berita

Drama Budak Tebing 3 Kecoh Dengan Kemunculan Watak Baru Kylo, Tapi Kenapa Arif Berubah?

December 14th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

“Serius la ada Budak Tebing 3 pulak nanti?”

Mana para penggemar drama Budak Tebing dan Budak Tebing 2? Ini saat yang korang tunggu selama ni. Drama bersiri popular, Budak Tebing akan kembali dengan musim baharu iaitu Budak Tebing 3 dengan 13 episod. Yay!

Drama Budak Tebing 3 arahan Nizam Zakaria dibintangi oleh ramai pelakon muda seperti Aedy Ashraf, Adam Lee dan Eyka Farhana. Ia turut dibintangi oleh Firdaus Ghufran, Nia Natasha, Azhar Sulaiman, Nabil Aqil dan banyak lagi.

Drama yang penuh nilai persahabatan dan kekeluargaan ni pernah dinobatkan sebagai Drama Terbaik di Anugerah Drama Sangat 2021. Sampai 10 juta tontonan! Tapi apakah kelainan dalam drama Budak Tebing 3 kali ni?

Arif tiba-tiba berubah, sampai hubungan dengan budak tebing lain jadi keruh!

Korang yang pernah tonton drama Budak Tebing musim sebelumnya mesti kenal la dengan Arif, watak utama dalam drama Budak Tebing. Wataknya sangat ‘hidup’ dalam setiap musim. Bila tonton, memang kagum gila ah!

Dengar cerita, dalam drama Budak Tebing 3, Arif mula berubah selepas berlaku satu tragedi dalam hidupnya. Dia jadi seorang yang serius dan sering sibukkan dirinya dengan kerja. Sampaikan hubungannya dengan budak tebing lain seperti Yoyol dan Talam mula terjejas!

Nak bagitahu sekarang nanti jadi spoiler la pulak. Kalau korang nak tahu apa sebab Arif tiba-tiba berubah, kena la tonton drama Budak Tebing 3 okay?

Kylo bakal muncul dan jadi budak tebing baru?

Surprise guys! Drama Budak Tebing 3 kali ni muncul watak baru, namanya Kylo. Konfliknya jadi apabila Kylo tiba-tiba rapat dengan budak tebing yang lain. Arif pulak macam tak berapa suka dengan kemunculan Kylo. Aduh!

Siapa Kylo ni sebenarnya? Agaknya Kylo akan diterima jadi budak tebing baru atau tak? Macam mana dengan Arif? Adakah Arif akan terus bersama budak tebing lain walaupun Kylo join jadi budak tebing? Banyaknya persoalan dalam drama Budak Tebing 3. Berdebar-debar dibuatnya!

Jangan lupa ajak keluarga korang kat rumah tu tonton drama Budak Tebing 3. Memang syok layan drama ni santai-santai. Drama ni best, kalau terlepas episod memang sayang gila. So, macam mana kalau terlepas?

Korang boleh tonton drama Budak Tebing 3 di iQIYI, dah tak terlepas episod lagi!

Aha…korang tak perlu risau kalau terlepas tengok episod bar, tau! Korang boleh layan drama Budak Tebing 3 secara PERCUMA dan EKSKLUSIF, satu jam selepas tayangan di TV3 melalui aplikasi iQIYI atau laman web www.iQ.com/local.

Drama ini akan mula ditayangkan pada 14 Disember 2022 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 dan 10 malam di platform iQIYI. Jangan lupa, geng!

iQIYI tawar promosi hebat akses VIP, dapatkan segera!

Berita menarik! iQIYI kini menawarkan promo hebat akses VIP dengan diskaun 40% dari 12 hingga 18 Disember ni. Akses tahunan VIP kini hanya RM69.90 je. Syoknya!

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, ahli VIP iQIYI dapat nikmati pelbagai faedah eksklusif seperti skip iklan, senarai tontonan eksklusif dan akses tontonan awal, sistem Dolby Atmos, dan penstriman kualiti HD Penuh (Blu-ray 1080P). Enjoy habis!

Korang kena dapatkan segera promosi ni di aplikasi iQIYI sebab masa terhad. Boleh strim rancangan kegemaran korang pada bila-bila masa, di mana jua korang berada!

Jom tonton drama bersiri Budak Tebing 3 di iQIYI atau laman web www.iQ.com/local. Mesti seronok punya!

SKIP THIS AD ×