berita

Rumah Erra Fazira Dipecah Masuk

April 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

erraSemalam kita dikejutkan dengan berita cermin kereta Yasmin Hani dipecah dibahagian tempat duduk penumpang ketika berhenti di simpang jalan.

Hari ini Harian Metro pula melaporkan bahawa rumah Erra Fazira dipecah masuk oleh dua orang lelaki yang dipercayai mahu mencuri keretanya.

Kejadian ini berlaku sekitar tengahari semalam apabila Erra dihubungi oleh jirannya yang memberitahu rumahnya telah dipecah masuk.

“Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.

“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan. Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu.”