berita

Erwin Dawson Rindu Kenangan Beraya Bersama Arwah Atuk – ‘Sejak Dia Tak Ada, Tak Pernah Dapat Jumpa Ramai-Ramai Lagi’

April 12th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon kelahiran Singapura, Erwin Dawson mengakui merindui kenangan beraya bersama Allahyarham datuknya.

Rindu momen beraya bersama arwah atuk

Ketika dihubungi OhBulan!, Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson berkata, suasana beraya di kampung ketika itu sangat meriah dengan saudara-mara berkumpul namun keadaan sudah tidak sama seperti dahulu selepas pemergian datuknya sekitar 15 hingga 20 tahun lalu.

Mungkin waktu arwah atuk hidop. Tiap tiap tahun semua akan jmpa dia satu tempat. Ramai dan riuh.
Sejak dia tak ada, tak pernah dapat jumpa ramai ramai lagi.

Dalam pada itu, Erwin, 35, akui teruja pertama kali menyambut hari raya sebagai suami selepas mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Lee Suxiu Solleha Bazilah pada 17 Januari lalu.

Sementara itu, Erwin berkata dia dan isteri sudah bersedia sekiranya ditanya oleh saudara mara mengenai zuriat.

Jawapan saya dan dia sama. Kalau tuhan beri, kite dgn rela hati terima. Kalau tak beri, kita pon dengan hati terima. Sentiasa redha dan tawakkal kerana Allah maha tahu. Apa dia bagi pastinya yang terbaik, insyaallah.

SKIP THIS AD ×