berita

Fara Fauzana Kalahkan Dato’ Siti Nurhaliza

October 15th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Benar! Dato’ Siti Nurhaliza telah dikalahkan oleh Fara Fauzana tetapi hanya menerusi perlawanan badminton yang diadakan pada Jumaat lepas, 12 oktober 2012. Penyampai Hot FM sekaligus merangkap pengacara Nona iaitu Fara Fauzana bersama penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza menyahut cabaran untuk beradu tenaga dalam perlawanan Badminton Liga Persahabatan Bintang anjuran Majalah Lisa.

Majlis yang bermula tepat jam 4.30 petang pada 12 oktober 2012 itu dihadiri penyokong kuat daripada “TeamCT” dan “TeamFF” yang memberikan sorakan padu dan tepukan gemuruh dalam perlawanan sengit itu. Selain itu, majlis ini turut mendapat sokongan tajaan daripada “Nando’s” dan “Tea Chansii”. Segala perkembangan sepanjang perlawanan turut dilaporkan melalui Facebook “Lisa Malaysia” dan Twitter “@LisaMalaysia”.

Sumber : Lisa Malaysia

SKIP THIS AD ×