Semalam, bertempat di Stadium Chin Woo, sebuah majlis pelancaran program hiburan terbaru terbitan Astro, Hlive! telah diadakan dan turut dihadiri oleh para selebriti tempatan.
Bertemakan ‘Dress Up and Suit Up’, busana yang digayakan oleh mereka menjadi perhatian lensa kamera dan juga pengkritik fesyen.
Sudah semestinya, ada yang akan lebih menonjol daripada yang lain! Siapa agaknya pilihan OHBULAN! bagi busana paling gorgeous malam itu ya?
Tasha Shilla tampil serba hitam
Simple dan eksklusif. Rona hitam dress labuh yang digayakan oleh selebriti kontroversi, Tasha Shilla nyata menyerlahkan lagi kecantikan yang dimilikinya.
Dress tanpa lengan dan dilengkapkan dengan rekaan ringkas di pinggang telah menonjolkan tubuh Tasha yang sejak akhir-akhir ini menjadi bualan orang ramai.
Direka khas oleh pereka fesyen terkemuka, Hatta Dolmat, nampaknya pilihan OHBULAN! juga sama dengan pihak penganjur apabila busana tersebut dinobatkan sebagai ‘Best Dressed Female’ untuk malam tersebut.
Berseri-seri wajah Scha Alyahya bukan?
Ibu mengandung pun tidak kalah gayanya! Mengenakan busana sarat dengan hiasan bunga, Scha Alyahya tampak berseri-seri di samping suami tercinta.
Walaupun seperti lari sedikit daripada tema majlis yang lebih formal, Scha masih mampu tampil eksklusif dengan perhiasan yang minimal.
Lisdawati dengan dress ala jubah
Seri ibu mengandung juga terlihat di wajah Lisdawati apabila dress rona hitam yang ringkas itu tetap menampilkan kejelitaan wanita itu.
Mengenakan busana yang diubahsuai daripada konsep jubah, penampilan Lisdawati juga dilihat tampak lebih matang dan sofistikated.
Wow! Dira Abu Zahar memang unik!
Siapa kata man suit boleh digayakan oleh lelaki sahaja? Buktinya, Dira Abu Zahar telah menjadikan fesyen itu lebih universal.
Lengkap dengan bow tie, man suit berwarna biru gelap itu menjadikan Dira nampak unik berbanding dengan selebriti wanita lain yang memilih untuk menggayakan dress seperti kebiasaan.
Bagaimana pula dengan anda pembaca setia OHBULAN! semua? Ada nak beri komen apa-apa tentang penampilan selebriti di malam pelancaran Hlive! ini?
Sebelum itu, apa kata kita cuci mata dahulu dengan koleksi foto di bawah!