berita

FOMCA, PPIM Sokong Tiada Subsidi Elektrik Untuk Orang Kaya

December 4th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah perlu membayar bil berkenaan mulai bulan depan.

Artikel berkaitan: Tiada Subsidi Elektrik Untuk Golongan Isi Rumah Mewah

Terbaru, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pula menyokong langkah kerajaan mengenakan bayaran kepada golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah.

Orang kaya mampu bayar

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata golongan isi rumah mewah ini tidak termasuk dalam golongan sasar dan mampu untuk membayar bil tersebut.

Ini khasnya kepada mereka yang memiliki lebih daripada satu kediaman di mana mereka tidak selalu berada di rumah, menjadikan bil rumah itu kurang RM20 justeru mereka tidak perlu membayar.

Langkah ini dapat akan memberi peluang kepada kerajaan untuk memberikan subsidi kepada golongan bersasar iaitu golongan miskin dan miskin tegar.

Kerajaan harus wujudkan mekanisme baru

Pada masa yang sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan seharusnya mewujudkan satu mekanisme baru untuk membantu golongan sasar ini.

Mekanisme ini merangkumi penerimaan subsidi hanya kepada mereka yang layak sahaja dan mereka yang memohon untuk diberikan pengecualian bayaran.

Permohonan tersebut adalah untuk pengecualian bayaran bil elektrik kepada golongan miskin dan miskin tegar meskipun bil bulanan melebihi RM20.

Hal ini adalah kerana golongan isi rumah mewah berkemampuan untuk menbayar bil berkenaan dan ini akan membuka peluang kepada kerajaan untuk membantu golongan sasar dengan lebih lagi.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×