berita

Foto : Zain Saidin & Rozita Che Wan Hadir Berpimpin Tangan

April 8th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Zain Saidin & Che Ta - ohbulan

Seperti biasa, majlis anugerah mana yang tidak akan disulami dengan kontroversi. Melihat kembali pada majlis-majlis anugerah lain, tidak kiralah apa pun, pasti ada saja yang akan menjadi tumpuan media dan peminat.

Kali ini, memang tak dapat dinafikan, pasangan selebriti yang sedang hangat digosipkan bercinta tampil ke majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH) bersama. Siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Rozita yang tampil memakai gaun rekaan khas oleh Hatta Dolmat dilihat sangat menonjol dan turut hadir bersamanya ialah Zain Saidin.

Kedua selebriti ini juga tidak segan untuk berpimpinan tangan dihadapan peminat dan juga kamera. Sedondon kan mereka?

Jom lihat beberapa keping foto mesra Zain Saidin & Rozita Che Wan selepas ini!

SKIP THIS AD ×