berita

Foto : Beego & Linda Hashim Bulan Madu Di Bali

June 24th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Beego & Linda Hashim 4

Setelah melangsungkan pernikahan 7 Jun lalu, pasangan selebriti terkenal, Linda Hashim dan Beego memilih Bali sebagai destinasi pilihan bulan madu mereka.

Pasangan ini telah terbang ke Bali, Indonesia pada 19 Jun lalu dan sepanjang berada di sana, foto-foto bulan madu mereka telah dirakamkan oleh jurufoto rasmi, Ryaniez Moments Photography.

Dalam keenakan menikmati percutian bulan madu, Linda Hashim tidak lupa juga berkongsikan beberapa fotonya bersama si suami untuk tatapan peminat-peminat di Malaysia melalui lama Instagram.

Beego & Linda Hashim 6

Pakaian Linda Hashim dikritik oleh peminat

Melalui sekeping foto yang dipaparkan, pelakon wanita ini telah menerima pelbagai kritikan daripada peminat sehingga ada yang mempertikaikan tanggungjawab Beego sebagai seorang suami dalam menangani pakaian isteri tersayang.

Menurut segelintir peminat, pakaian yang digayakan oleh Linda terlalu seksi dan sebagai orang melayu pelakon tersebut tidak sepatutnya menggayakan pakaian sebegitu.

Beego  Linda copy

Beego & Linda Hashim 5

Penampilan anggun Linda di Bali

Namun begitu, masih ada peminat yang menyokong tindakan Linda dan turut mempertikaikan respon peminat yang mengkritik cara pemakaian pelakon kesayangan mereka itu.

Linda Beego copy

Susahkan nak puaskan hati semua orang? Terpulang lah kepada individu untuk membuat penilaian kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

Usah pening dan gusar, kita layankan sahaja beberapa foto-foto pasangan romantis ini sepanjang berada di sana. Enjoice!

Kredit Foto : Instagram Linda Hashim, Beego & Ryaniez Moments Photography

SKIP THIS AD ×