berita

Foto: Fazura & Shaheizy Sam Jalani Penggambaran Di Turki

May 30th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-05-30 at 12.41.50

Nampaknya sekarang ni memang trend produksi tempatan buat penggambaran drama dan filem jauh-jauh sampai ke negara orang.

Kali ni, Fazura kongsikan beberapa keping foto bersama krew produksi dan pelakon-pelakon lain di Turki untuk penggambaran filem Manisnya Cinta.

Filem adaptasi novel arahan Bernard Chauly ini menampilkan Fazura sebagai bintang utama di samping Shaheizy Sam sebagai watak utama lelaki.

Screen Shot 2013-05-30 at 12.38.53

Manisnya Cinta ke atau manisnya Fazura?

Khabarnya filem Manisnya Cinta ini baru sahaja selesai penggambaraan. Harapnya cepatlah karya menarik ini keluar menemui penonton sebab kami rasa ramai yang dah tak sabar lepas tengok foto-foto yang dikongsi.

Untuk pengetahuan, pengarah filem ini iaitu Bernard Chauly juga adalah pengarah yang sama mengarahkan filem lakonan Beto Kusyairy dan Lisa Surihani, “Istanbul Aku Datang”. OHBULAN! pasti filem ini mampu memikat penonton dengan keindahan dan jalan cerita yang menarik seperti filemnya sebelum ini.

Jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil oleh Fazura sepanjang berada di Turki. Cantik sungguh pemandangan dengan belon udara panas semua tu.

Screen Shot 2013-05-30 at 12.36.52

Pemandangan di sekitar lokasi penggambaran yang penuh dengan belon udara panas.

Kredit foto: Instagram Fazura

SKIP THIS AD ×