berita

Nora Danish Bawa Rayqal Lawat Anak Fasha Sandha

April 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Nora Danish

Beberapa jam lalu pelakon genit, Nora Danish telah kongsikan sekeping foto menerusi laman Instagram-nya dengan caption berbunyi,

Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby.

Menerusi foto yang dipaparkan, kita dapat lihat keceriaan yang terpancar melalui wajah pelakon wanita tersebut sewaktu melawat bayi sulung Fasha Sandha, Putra Rayfal Ramli semalam.

Nampaknya ramai antara peminat melahirkan rasa gembira serta bersyukur melihatan keakraban yang terjalin antara kedua-dua aktres ini dan berharap agar hubungan mesra mereka akan terus berkekalan.

Instagram Nora Danish

Dalam pada itu, menerusi respon yang diberikan, ramai antara mereka merasa kagum dengan ketabahan yang ditonjolkan oleh Nora Danish dan berdoa agar suatu hari nanti pelakon comel tersebut akan bertemu jodoh dengan insan yang lebih baik.

Respon Instagram Nora Danish

Berikut kami kongsikan beberapa foto Nora Danish bersama putera tunggalnya, Rayqal buat tatapan anda semua.

Kredit foto : Instagram Nora Danish