berita

Rozita Che Wan Pilih Eropah Untuk Foto Pra-Kahwin

November 7th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Rozita-Che-Wan

Umum tahu pasangan selebriti terkenal, Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada penghujung tahun ini. Akan tetapi sehingga kini tarikh pernikahan mereka masih lagi dirahsiakan.

Namun begitu, pada minggu lepas, Zain telah menafikan dakwaan kononnya mereka akan bernikah pada tanggal 11 Disember 2013 (11.12.13) dan memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjawab semua soalan mengenai pernikahan tersebut.

Bercerita mengenai soal perkahwinan, difahamkan sekitar bulan Oktober dan awal November, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta telah terbang ke kota London dan Paris bagi menjalani sesi photoshoot untuk pra perkahwinannya bersama Zain.

Rozita Che Wan 8

Sesi photoshoot Che Ta di Paris

Menerusi salah satu foto yang dikongsikan, Che Ta kelihatan sangat anggun menggayakan gaun berwarna hitam rekaan Rizman Ruzaini.

Berlatar belakangkan mercu tanda Paris, Eiffel Tower sebagai elemen utama, membuatkan foto tersebut kelihatan sangat cantik dan menarik, sesuai dengan gaya serta cita rasa Che Ta yang sering tampil elegan dan mempesonakan.

Rozita Che Wan  2

Sesi photoshoot Che Ta di kota London

Dalam pada itu, aktres ini juga kelihatan sangat cantik apabila menggayakan gaun labuh berwarna silver yang dihiasi dengan glitter serta selitan rambu di bahagian lengan.

Gaun yang direka sedikit terbelah di bahagian pangkal peha pula menyerlahkan lagi imej seksi buat aktres tersebut.

Sebagai rujukan, pada penghujung September lalu telah berlangsungnya majlis merisik buat Zain dan Che Ta bertempat di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan :

Apa pun, untuk semua peminat yang masih belum melihat foto pra perkahwinan Che Ta dan Zain, jom layan beberapa foto menarik mereka selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Annas Easkey

SKIP THIS AD ×