berita

Foto : Amani Galas Tanggungjawab Sebagai Siput Sarawak

November 27th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Sharifah Amani

Jika sebelum ini pelakon versatil, Nabila Huda telah dipilih untuk melakonkan watak sebagai biduanita Saloma, kini tiba giliran pelakon genit, Sharifah Amani pula untuk menggalas tanggungjawab sebagai seniwati Siput Sarawak.

Menerusi laman sosial Sharifah Amani atau lebih mesra disapa sebagai Nani, aktres tersebut dilihat telah mula berkongsi beberapa foto klasiknya sewaktu menjalani pembikinan filem biopik khas untuk biduanita Saloma yang diadakan sekitar Pulau Pinang pada hujung minggu lepas.

Artikel Berkaitan :

Sharifah Amani 3

Penampilan klasik Nani sebagai Siput Sarawak

Merujuk pada foto-foto yang dikongsikan, Nani kelihatan sangat anggun dengan potongan rambut yang didandan khas oleh jurusolek profesional, Ed Sarippin.

Penampilan tersebut bukan sahaja mampu menonjolkan aura Nani sebagai Siput Sarawak, malah ia turut menyuntik eleman klasik buat gadis tersebut. Bersesuian dengan suasa filem sekitar era 40an hingga awal 80an.

Sharifah Amani 9

Amani gembira diberi kepercayaan untuk bawa watak besar

Berkongsi lebih lanjut mengenai pembikinan filem biopik khas ini, Nani turut melahirkan rasa gembira kerana diberi penghormatan untuk membawa watak sebagai lagenda terkenal, Siput Sarawak dan penghargaan tersebut turut ditujukan buat pengarahnya, Melissa Saila.

It was an honour to play an absolute legend in #SalomaBioPic. Thank u all cast & crew for the wonderful time & effort. Can’t wait to see it!

Thank u Kak @MelissaSaila for sharing their stories. Some yg kalau tak cerita may be lost forever. Adik kagum! All the best Kakak.

Sebagai rujukan, filem khas ini turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti, Nabila Huda (Saloma), Tony Eusoff (Tan Sri P.Ramlee), Azhan Abdul Rani (A.R. Tompel), Hasnul Rahmat (Pak Mum), Sazzy Falak (Mariani) serta Julia Ziegler (Norizan).

Ingin lihat sejauh mana kehebatan Nani dalam membawa watak sebagai Siput Sarawak? Jom lihat beberapa foto gorgeous aktres tersebut selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Sharifah Amani