berita

Gaduh Dengan Netizen Pasal Buat Roti Tak Pakai Sarung Tangan, Lana Nordin; ‘Selagi Tak Bersuara Sampai Bila-Bila Akan Kecam’

May 31st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Lana Nordin sering dilihat bergaduh mulut dengan warganet di media sosial. Apa yang dilakukan Lana ada saja tak sedap di mata netizen.

Artikel Berkaitan: Pernah Kemalangan Masa Bawa Motor RXZ, Lana Nordin Mengaku Dipaksa Buat Hidung – ‘Ada Saja Bersangka Buruk Hati Dah Hitam’

Bersikap lantang

Menurut Lara, dia bukan seorang yang bermuka-muka. Tegasnya, itu merupakan sikap sebenar dirinya kerana dia seorang yang ‘straight forward.’

Siapa kenal saya, depan-depan sound direct. Semua tahu perangai saya. Tak ada yang gray area, sama ada hitam atau putih saja.

Nak kenal saya ni senang saja straight forward. Kalau saya tak suka saya cakap, tak suka simpan rahsia atau bermuka-muka.

Ada masa kena bersuara

Kata aktres berumur 43 tahun ini, perbalahan dengan netizen itu hanya untuk topik yang rasional dijawab. Contohnya, baru-baru ini ada pengikut yang mempertikaikan cara dia membuat roti tanpa memakai sarung tangan.

Jelas pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, dia beragama Islam jadi tahu untuk menjaga kebersihan makanan.

Saya sebenarnya okey je, kalau ada masa buat bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.

Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.

Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik.. Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana ada orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.

Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex.

Biarpun begitu, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri enggan melayan komen yang remeh seperti ‘body shaming.’

Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan.. Kalau perlu ditegur, saya tegur.. Saya nak educate mereka supaya mereka tahu.

Sumber: Instagram @lananodinmckienzie

SKIP THIS AD ×